Penelitian tazkiyah Al-Nafs oleh Syeikh Sa’id Hawwa (1935-1989)

Tazkiyah al-nafs ialah suatu kaedah pendidikan jiwa seseorang manusia yang berbentuk penyucian dalaman dan pembentukan luaran supaya dapat mengekang kemahuan dan sifat buruk yang membawa kepada ketidaksihatan mental dan kecelaruan tingkah laku. Tokoh-tokoh tasawuf telah memperkenalkan kaedah dalam p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Pengiran Haji Tuah, Dayangku Zainab, Zainol, Nur Zainatul Nadra
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3032/
http://eprints.uthm.edu.my/3032/1/Bab05.pdf
Description
Summary:Tazkiyah al-nafs ialah suatu kaedah pendidikan jiwa seseorang manusia yang berbentuk penyucian dalaman dan pembentukan luaran supaya dapat mengekang kemahuan dan sifat buruk yang membawa kepada ketidaksihatan mental dan kecelaruan tingkah laku. Tokoh-tokoh tasawuf telah memperkenalkan kaedah dalam penyucian jiwa antaranya Syeikh Sa’id Hawwa yang memperjelaskan lagi kaedah Imam al-Ghazali dalam penyucian jiwa. Artikel ini bertujuan untuk menyoroti pendekatan yang diketengahkan oleh Syeikh Sa’id Hawwa dalam kaedah tazkiyah al-nafs. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan Syeikh Said Hawwa telah mengetengahkan kaedah tazkiyah al-nafs yang berupaya mendidik jiwa manusia supaya terhindar daripada ketidaksihatan mental dan kecelaruan tingkah laku. Kajian ini dapat memberi panduan dan sorotan awal terhadap kaedah penyucian jiwa berlandaskan al-Quran dan al-sunnah.