Fenomena “deanlets” dan orde baru tadbir urus universiti awam

Penulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku ini secara kritis memerihalkan dilema urus tadbir universiti awam de...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jaes, Lutfan, Zainal Abidin, Zuhaila Anida
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3011/
http://eprints.uthm.edu.my/3011/1/Bab10.pdf
Description
Summary:Penulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku ini secara kritis memerihalkan dilema urus tadbir universiti awam dengan nilai pendidikan tinggi masa kini. Bab 6 dengan tajuk The Rise of Manageriat dipilih khusus bagi rujukan urus tadbir universiti awam di Malaysia. Paling mencuri perhatian ialah satu fenomena baru dalam tadbir urus di IPTA iaitu kewujudan “Deanlets”. Ia merujuk kepada orang yang mempunyai ijazah pasca-siswazah tetapi tidak menjadi staf akademik. Malah mereka mengejar kerjaya sebagai pentadbir. Akhirnya terdapat premis menyatakan bahawa universiti awam masa kini telah menjadi sebuah perbadanan perniagaan transnasional yang beroperasi dalam global knowledge economy yang kompetitif. Malah beberapa kajian akademik, menegaskan bahawa universiti telah banyak “dipasarkan” atau melalui proses “rasionalisasi” oleh Orde Baru Tadbir Urus ini. Hasilnya adalah institusi pengajian tinggi yang berfokuskan pelanggan, moden, cekap dan berkualiti tinggi. Namun didakwa menumbangkan nilai-nilai teras akademik dengan penindasan oleh kelas pentadbiran era baru. Malah sebilangan kecil berani berpendapat bahawa “pemasaran” universiti dan pendidikan tinggi ini telah memupuk entiti baru dipanggil “McUniversity”. Maka penulisan ini berusaha mengupas idea tadbir urus baik sebuah universiti masa kini meliputi perancangan strategik, polisi, penanda aras, ranking, pengauditan dan penunjuk prestasi. Manakala bagi penjanaan pendapatan baru ia meliputi aspek pendidikan dan penyelidikan yang mempertaruhkan aspek ekonomi, sosial, budaya dan persekitaran. Akhir sekali penulisan cuba mengupas proses transformasi yang sedang dijalani oleh universiti awam masa kini khususnya aspek kecekapan kos dan ekonomi pengetahuan.