Pembangunan portal pendidikan geografi berasaskan web-based GIS
Penggunaan teknologi GIS masih lagi baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. Justeru itu, pembangunan Portal Pendidikan Geografi berasaskan web-based GIS ini adalah merupakan satu kajian yang cuba menonjolkan penggunaan teknologi GIS dalam pendidikan khususnya bidang Geografi. Selain itu, kajian...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3000/ http://eprints.uthm.edu.my/3000/1/NORMIEZA%20MOHD%20YUSOFF%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3000/2/NORMIEZA%20MOHD%20YUSOFF%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3000/3/NORMIEZA%20MOHD%20YUSOFF%20-%20fulltext.pdf |
| Summary: | Penggunaan teknologi GIS masih lagi baru dalam dunia pendidikan di
Malaysia. Justeru itu, pembangunan Portal Pendidikan Geografi berasaskan
web-based GIS ini adalah merupakan satu kajian yang cuba menonjolkan
penggunaan teknologi GIS dalam pendidikan khususnya bidang Geografi.
Selain itu, kajian ini turut meninjau keperluan pembangunan Portal
Pendidikan Geografi berasaskan web-based GIS. Untuk itu, satu set borang
soal selidik telah diedarkan kepada 34 orang responden yang terdiri daripada
para pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Pangkalan Chepa. Data
yang diperolehi telah dianalisis dan didapati bahawa para pelajar bersetuju
bahawa pembinaan laman web Portal Pendidikan Geografi ini perlu sebagai
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran Geografi. Bagi penilaian
terhadap laman web yang telah dihasilkan, satu set borang soal selidik lagi
turut diedarkan kepada 5 orang penilai pakar yang terdiri daripada pensyarahpensyarah
GIS , Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti
Teknologi Malaysia. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik ini
juga kemudiannya turut dianalisis. Hasil dapatan yang diperolehi
menunjukkan bahawa laman web yang dibina mempunyai rekabentuk,
pangkalan data dan aplikasi GIS yang sesuai dengan keperluan pengguna.
Selain itu, dapatan daripada penilaian yang telah dilakukan turut menunjukkan
bahawa laman web ini boleh dilaksanakan sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran. |
|---|