Penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam kaedah pengajaran modul keusahawanan di kolej vokasional
Modul Keusahawanan merupakan modul wajib di Kolej Vokasional. Melalui modul ini pelajar-pelajar didedahkan dengan ciri-ciri keusahawanan sebagai persediaan menjadikan bidang usahawan sebagai bidang kerjaya. Kajian ini memfokuskan kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam pengajaran Modul Keusaha...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
nil
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2877/ http://eprints.uthm.edu.my/2877/1/Penerapan%20ciri-ciri%20keusahawanan.pdf |
| Summary: | Modul Keusahawanan merupakan modul wajib di Kolej Vokasional. Melalui modul ini pelajar-pelajar didedahkan dengan ciri-ciri keusahawanan sebagai persediaan menjadikan bidang usahawan sebagai bidang kerjaya. Kajian ini memfokuskan kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam pengajaran Modul Keusahawanan di Kolej Vokasional. Kajian memfokuskan beberapa objektif namun begitu dalam penulisan ini pelaporan dapatan kajian kepada dua objektif sahaja iaitu penerapan ciri-ciri keusahawanan dan perbezaan pengajaran bagi bidang teknologi dan bidang teknologi. Reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrument pengumpulan data. Responden terdiri dari guru-guru yang mengajar Modul Keusahawanan di Kolej Vokasional sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru menerapkan ciri-ciri keusahawan melalui pengajaran secara interaktif dan perbezaan skor penerapan ciri-ciri keusahawan dalam pengajaran adalah lebih kepada guru-guru yang mengajar bidang teknologi. Secara kesimpulannya ciri-ciri keusahawanan ada diterapkan dalam pengajaran tetapi ianya perlu penekanan secara praktikal bagi mendedahkan pelajar lebih bersedia sebagai seorang usahawan. |
|---|