Tahap pengaruh faktor rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi murid berkeperluan khas (MBK)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaruh rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah harian. Sampel kajian terdiri daripada 151 orang murid berkeperluan khas yang mempunyai kategori masalah pembelajaran. Lokasi kajian melib...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ariffin, A., Muhammad, Z., Zakaria, N., Rubani, S.N.K., Hamzah, N.
Other Authors: Lee, Ming Foong
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2628/
http://eprints.uthm.edu.my/2628/1/Tahap%20pengaruh%20faktor%20rakan%20sebaya.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaruh rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah harian. Sampel kajian terdiri daripada 151 orang murid berkeperluan khas yang mempunyai kategori masalah pembelajaran. Lokasi kajian melibatkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Muar, Johor. Rekabentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mengutip data dalam kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul dan dianalisis secara deskriptif iaitu pengiraan data kekerapan dan peratusan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dan minat dalam pemilihan kerjaya murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Oleh demikian, pihak kementerian perlu mengambil langkah sewajarnya seperti menerapkan program, kursus atau latihan dalam mata pelajaran vokasional untuk memberi pendedahan elemen kemahiran transisi kerjaya dan elemen keusahawanan yang membantu golongan murid berkeperluan khas.