Pembangunan modul interaktif bagi Kursus Pengaturcaraan Java: struktur pemilihan

Kursus Pengaturcaraan merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh semua pelajar tahun dua program Diploma Teknologi Maklumat (DTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebagai pelajar baru yang masih kurang pengetahuan berkenaan kursus ini terutamanya kursu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hanifa, Rafizah, Mohd Sabri, Nur Afiqah, Jailani, Nur Syafiqah, Mohd Zaini, Azri Zakwan
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2582/
http://eprints.uthm.edu.my/2582/1/Bab06.pdf
Description
Summary:Kursus Pengaturcaraan merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh semua pelajar tahun dua program Diploma Teknologi Maklumat (DTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebagai pelajar baru yang masih kurang pengetahuan berkenaan kursus ini terutamanya kursus pengaturcaraan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan membosankan pelajar jika ia masih dikekalkan dengan kaedah tradisional. Penggunaan modul yang melibatkan teks dan gambar secara statik di era Generasi Y kini sudah menjadi tidak relevan lagi. Sebagai langkah untuk memartabatkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pembangunan modul interaktif yang menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti audio, grafik, teks dan animasi menjadikannya lebih dinamik dan menarik. Modul interaktif ini dibangunkan berpandukan Model ADDIE. Penggunaan perisian seperti Adobe Flash CS6, Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Audition CS6 mampu menghasilkan modul pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Matlamat utama pembangunan modul interaktif adalah untuk mewujudkan alat bantuan mengajar bagi kemudahan pensyarah dan pelajar dalam memahami topik-topik dalam kursus Pengaturcaraan Java. Tambahan lagi, terdapat beberapa soalan yang disediakan di akhir topik bagi mengukuhkan pengetahuan pelajar berkenaan topik yang telah dipelajari. Bagi melihat keberkesanan modul interaktif yang dibangunkan, seramai 40 pelajar telah diminta mencuba modul interaktif dan menjawab borang soal selidik secara dalam talian. Ini sebagai satu langkah melihat keberkesanan modul interaktif yang dibangunkan. Hasil analisis menunjukkan lebih 70 peratus responden berminat untuk menggunakan modul interaktif ini dan yakin modul interaktif ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar.