Meja sisi moden berinspirasikan gaya skrin Cina

Kebanyakan rumah kos rendah contohnya rumah flat mempunyai ruang yang sangat terhad (Kilman, 2016). Pangsapuri mempunyai seluas 60 m2 dengan 3 bilik tidur. Pangsapuri dan kondominium yang dibina persendirian biasanya mempunyai 3 bilik tidur dengan saiz sekitar 100-120 m2, namun ada juga yang bersaiz...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Seah, Jia Le, Abdul Halip, Juliana
Other Authors: Selimin, Mohamad Ali
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2556/
http://eprints.uthm.edu.my/2556/1/Bab07.pdf
Description
Summary:Kebanyakan rumah kos rendah contohnya rumah flat mempunyai ruang yang sangat terhad (Kilman, 2016). Pangsapuri mempunyai seluas 60 m2 dengan 3 bilik tidur. Pangsapuri dan kondominium yang dibina persendirian biasanya mempunyai 3 bilik tidur dengan saiz sekitar 100-120 m2, namun ada juga yang bersaiz lebih dari 400 m2 dengan 5 bilik tidur (Teoalida, 2018). Namun, kebanyakan penduduk mempunyai lebih dari satu perabot yang mempunyai fungsi yang sama dalam satu ruang atau ukuran perabot yang besar, sehingga menyebabkan ruang rumah menjadi sempit (Seong, 2018). Selain itu, terdapat permasalahan lain yang dihadapi oleh penghuni rumah bersaiz kecil iaitu tanpa pemisah ruang, pencahayaan yang tidak sempurna, ruang melakukan aktiviti dan kawasan penyimpanan yang terhad (Ewmoda, 2017).