Kesediaan bakal guru dpli terhadap mata pelajaran reka cipta untuk mengajar di sekolah menengah: kajian di UTHM

Masalah kekurangan guru di Malaysia bukanlah satu isu baru malah ia merupakan satu isu yang global. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi menampung masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah. Perlaksanaan program yang si...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ab Razak, Siti Khadijah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2126/
http://eprints.uthm.edu.my/2126/1/24p%20SITI%20KHADIJAH%20AB%20RAZAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2126/2/SITI%20KHADIJAH%20AB%20RAZAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2126/3/SITI%20KHADIJAH%20AB%20RAZAK%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Masalah kekurangan guru di Malaysia bukanlah satu isu baru malah ia merupakan satu isu yang global. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi menampung masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah. Perlaksanaan program yang singkat serta latar belakang pendidikan yang berbeza menjadi suatu isu di mana ia dilihat tidak mampu melahirkan para guru yang kompeten daripada segi pengetahuan dan kemahiran. Mata pelajaran Reka Cipta diperkenalkan bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran bakal guru DPLI untuk mengajar mata pelajaran Reka Cipta. Kajian ini merupakan suatu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dan sampel kajian terdiri daripada 155 orang bakal guru DPLI yang mengambil pengkhususan Kemahiran Teknikal dan akan mengajar mata pelajaran Reka Cipta. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran bakal guru ini. Melalui analisis frekuensi kekerapan, dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran bakal guru ini adalah tinggi. Berdasarkan ujian Pearson, terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran bakal guru ini sebagai persediaan untuk mengajar mata pelajaran Reka Cipta.