Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit
Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan t...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1910/ http://eprints.uthm.edu.my/1910/1/24p%20HASHIMAH%20KHO%20HASSAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/2/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/3/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20WATERMARK.pdf |
| _version_ | 1848887591858864128 |
|---|---|
| author | Hassan, Hashimah Kho |
| author_facet | Hassan, Hashimah Kho |
| author_sort | Hassan, Hashimah Kho |
| building | UTHM Institutional Repository |
| collection | Online Access |
| description | Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang
baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali
konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan
lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan tenaga hentaman yang tinggi.
Namun begitu, konkrit berbusa merupakan bahan yang berpotensi untuk dijadikan
sebagai bahan binaan yang berkonsepkan futuristik. Binaan futuristik adalah binaan yang
bercirikan ringan, ekonomi, mudah dari segi kerja pembinaan dan yang paling penting
adalah mesra alam. Dalam kajian ini, konkrit berbusa ditambah serat buangan pokok
kelapa sawit untuk untuk meningkatkan sifat kekuatan atau rapuh. Serat kelapa sawit juga
berfungsi mempertingkatkan ketahanan hentaman terutamanya aspek nilai penyerapan
tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. Kandungan peratusan serat kelapa sawit
yang digunakan adalah 10%, 20% dan 30% dengan dua ketumpatan konkrit berbusa iaitu
1000kg/m3
dan 1400kg/m3
. Untuk menentukan nilai penyerapan tenaga hentaman dan
nilai tenaga hentaman, ujikaji Indentasi dan ujikaji hentaman dilakukan ke atas sampel�sampel yang telah diawet selama 28 hari. Luas bawah graf tegasan-terikan yang
diperolehi daripada ujikaji Indentasi merupakan nilai penyerapan tenaga hentaman bagi
sampel konkrit berbusa. Untuk ujikaji hentaman, keputusan ujikaji dinilai berdasarkan
nilai tenaga hentaman untuk meretakkan sampel yang diperolehi daripada mesin ujikaji
dynatup. Secara keseluruhannya, hasil dapatan utama bagi kedua-dua ujikaji
menunjukkan sampel yang mengandungi peratusan serat kelapa sawit sebanyak 20%
mempunyai nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman yang tinggi.
Serapan tenaga maksimum adalah sebanyak 4.517MJ/m3
untuk ketumpatan 1400kg/m3
.
Ini menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3
berupaya menyerap tenaga lebih baik
berbanding ketumpatan 1000kg/m3
. Manakala untuk nilai tenaga hentaman maksimum
adalah sebanyak 27.229J untuk ketumpatan 1400kg/m3
. Hasil dapatan tersebut menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3
dengan peratusan serat sebanyak 20% berupaya
mengalas tenaga hentaman yang lebih banyak sebelum sampel retak. Kesimpulannya,
peningkatan ketumpatan konkrit berbusa dan pertambahan serat buangan kelapa sawit ke
dalam konkrit berbusa dapat meningkatkan ciri ketahanan hentaman konkrit berbusa
khususnya aspek nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. |
| first_indexed | 2025-11-15T19:56:50Z |
| format | Thesis |
| id | uthm-1910 |
| institution | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
| institution_category | Local University |
| language | English English English |
| last_indexed | 2025-11-15T19:56:50Z |
| publishDate | 2013 |
| recordtype | eprints |
| repository_type | Digital Repository |
| spelling | uthm-19102021-10-12T04:35:10Z http://eprints.uthm.edu.my/1910/ Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit Hassan, Hashimah Kho TA Engineering (General). Civil engineering (General) TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan tenaga hentaman yang tinggi. Namun begitu, konkrit berbusa merupakan bahan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan binaan yang berkonsepkan futuristik. Binaan futuristik adalah binaan yang bercirikan ringan, ekonomi, mudah dari segi kerja pembinaan dan yang paling penting adalah mesra alam. Dalam kajian ini, konkrit berbusa ditambah serat buangan pokok kelapa sawit untuk untuk meningkatkan sifat kekuatan atau rapuh. Serat kelapa sawit juga berfungsi mempertingkatkan ketahanan hentaman terutamanya aspek nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. Kandungan peratusan serat kelapa sawit yang digunakan adalah 10%, 20% dan 30% dengan dua ketumpatan konkrit berbusa iaitu 1000kg/m3 dan 1400kg/m3 . Untuk menentukan nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman, ujikaji Indentasi dan ujikaji hentaman dilakukan ke atas sampel�sampel yang telah diawet selama 28 hari. Luas bawah graf tegasan-terikan yang diperolehi daripada ujikaji Indentasi merupakan nilai penyerapan tenaga hentaman bagi sampel konkrit berbusa. Untuk ujikaji hentaman, keputusan ujikaji dinilai berdasarkan nilai tenaga hentaman untuk meretakkan sampel yang diperolehi daripada mesin ujikaji dynatup. Secara keseluruhannya, hasil dapatan utama bagi kedua-dua ujikaji menunjukkan sampel yang mengandungi peratusan serat kelapa sawit sebanyak 20% mempunyai nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman yang tinggi. Serapan tenaga maksimum adalah sebanyak 4.517MJ/m3 untuk ketumpatan 1400kg/m3 . Ini menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3 berupaya menyerap tenaga lebih baik berbanding ketumpatan 1000kg/m3 . Manakala untuk nilai tenaga hentaman maksimum adalah sebanyak 27.229J untuk ketumpatan 1400kg/m3 . Hasil dapatan tersebut menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3 dengan peratusan serat sebanyak 20% berupaya mengalas tenaga hentaman yang lebih banyak sebelum sampel retak. Kesimpulannya, peningkatan ketumpatan konkrit berbusa dan pertambahan serat buangan kelapa sawit ke dalam konkrit berbusa dapat meningkatkan ciri ketahanan hentaman konkrit berbusa khususnya aspek nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. 2013-07 Thesis NonPeerReviewed text en http://eprints.uthm.edu.my/1910/1/24p%20HASHIMAH%20KHO%20HASSAN.pdf text en http://eprints.uthm.edu.my/1910/2/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf text en http://eprints.uthm.edu.my/1910/3/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20WATERMARK.pdf Hassan, Hashimah Kho (2013) Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. |
| spellingShingle | TA Engineering (General). Civil engineering (General) TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials Hassan, Hashimah Kho Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| title | Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| title_full | Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| title_fullStr | Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| title_full_unstemmed | Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| title_short | Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| title_sort | kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit |
| topic | TA Engineering (General). Civil engineering (General) TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials |
| url | http://eprints.uthm.edu.my/1910/ http://eprints.uthm.edu.my/1910/1/24p%20HASHIMAH%20KHO%20HASSAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/2/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/3/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20WATERMARK.pdf |