Hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin dan stres kerja dalam kalangan pekerja industri
Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti pendudu...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1650/ http://eprints.uthm.edu.my/1650/1/24p%20NOR%20HAYATIE%20BINTI%20ABDUL%20HALIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1650/2/NOR%20HAYATIE%20BINTI%20ABDUL%20HALIM%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin
kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa
masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan
harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti penduduk di perumahan
flat itu adalah terdiri daripada pekerja-pekerja industri. Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu,
keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja
industri serta mengenalpasti disiplin kerja dan tahap stres dalam kalangan pekerja
industri. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap
keselamatan dengan disiplin kerja dan tahap stres penduduk yang bekerja di industri.
Responden yang terpilih terdiri daripada 113 orang penduduk perumahan Taman
Cendana yang bekerja di industri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
instrumen analisis borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dan dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package of Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Data
yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan
min, peratusan dan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap keselamtan penduduk di perumahan flat adalah rendah. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa tahap stres penduduk adalah rendah dan tahap disiplin kerja
pula adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat permasalahan yang besar
terhadap tahap keselamatan pekerja industri di perumahan flat ini. Kajian ini juga
dapat memberi pengetahuan kepada penduduk bahawa pekerja industri mengalami
tahap stres yang tinggi berikutan kepada beban tugas yang berat. |
|---|