Impak penggunaan multimedia dalam pengajaran topik isometrik terhadap pencapaian dan motivasi pelajar tingkatan 2
Kurikulum pengajaran dan pembelajaran memerlukan transformasi dan kaedah yang lebih efektif supaya mampu meningkatkan minda pelajar terutamanya dari golongan pelajar yang berkebolehan sederhana agar meminati bidang teknikal. Namun,kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia p...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1476/ http://eprints.uthm.edu.my/1476/1/24p%20HARITH%20AZIDIN%20KAMARUDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1476/2/HARITH%20AZIDIN%20KAMARUDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1476/3/HARITH%20AZIDIN%20KAMARUDIN%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Kurikulum pengajaran dan pembelajaran memerlukan transformasi dan kaedah yang
lebih efektif supaya mampu meningkatkan minda pelajar terutamanya dari golongan
pelajar yang berkebolehan sederhana agar meminati bidang teknikal. Namun,kajian yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 mendapati
penggunaan ICT di sekolah adalah terhad. Kira-kira 80% guru menggunakan ICT
kurang daripada satu jam seminggu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak penggunaan perisian
multimedia dalam pengajaran topik isometrik terhadap pencapaian dan motivasi pelajar
tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin,Raub,Pahang. Seramai 64
orang pelajar telah dipilih sebagai responden di mana mereka telah dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Instrumen kajian
yang digunakan adalah set soalan ujian dan soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah
kuasi eksperimen yang menggunakan data kuantitatif. Data yang diperolehi telah
dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti peratusan,min, ujian
korelasi spearman ,ujian-t tidak bersandaran dan ujian-t bersandaran. Penganalisian data
dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi
17.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian mendapati penggunaan perisian kemahiran
melukis lukisan isometrik mempunyai perkaitan dengan motivasi pelajar seterusnya
membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai kemahiran melukis lukisan
isometrik berbanding dengan menggunakan kaedah pembelajaran konvensional.
Justeru, kajian merumuskan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
melukis lukisan isometrik, pendekatan pembelajaran berasaskan perisian multimedia
berupaya mewujudkan impak menarik dan berkesan dalam PdP. |
|---|