Pendekatan coaching dalam meningkatkan prestasi pekerja dalam organisasi di Malaysia

Program coaching di organisasi telah lama bertapak di Malaysia, namun begitu, kajian mengenai coaching masih pada tahap yang rendah. Setiap pekerja mempunyai bakat yang berbeza dan tertentu. Terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menyerlahkan bakat seseorang. Salah satu daripada kaedah-kaedah adala...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hisham @ Dalha, Siti Noraqilah, Wan Muda, Wan Hanim Nadrah, Isa, Khairunesa, Ab Halim, Fazlinda
Format: Book Section
Language:Malay
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1141/
http://eprints.uthm.edu.my/1141/1/Pendekatan%20coaching%20dalam%20meningkatkan%20prestasi%20pekerja%20dalam%20organisasi%20di%20Malaysia.pdf
Description
Summary:Program coaching di organisasi telah lama bertapak di Malaysia, namun begitu, kajian mengenai coaching masih pada tahap yang rendah. Setiap pekerja mempunyai bakat yang berbeza dan tertentu. Terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menyerlahkan bakat seseorang. Salah satu daripada kaedah-kaedah adalah melalui bimbingan pembimbing. Dengan nasihat dan pandangan daripada pembimbing, pekerja dapat menyerlahkan bakat dalam kerja yang diberikan, seterusnya melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Kajian ini adalah membincangkan mengenai pendekatan coaching dalam organisasi di Malaysia bagi meningkatkan prestasi pekerja. Setiap pekerja mempunyai set kemahiran dan pengetahuan yang berbeza apabila memasuki bidang pekerjaan. Pihak organisasi perlu melantik pembimbing yang sesuai yang akan ditugaskan untuk membantu pekerja menyesuaikan diri pada tempat yang baru. Mereka juga perlu membimbing pekerja mendapatkan set kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan di dalam unit yang baru agar bersesuaian dengan tugasan yang diberikan.