Analisis awal makmal maya bagi pengajran kimia (Asid, Bes dan Garam)

Sejak akhir-akhir ini, Kementerian Pelajaran dan Pengajaran Tinggi melihat ke arah pembelajaran secara elektronik sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep bagi matapelajaran yang diajar. Projek rintis Sekolah Bistari teah membangunkan banyak perisian bagi matapelajaran S...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bakar, Norasiken, Badioze Zaman, Halimah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/292/
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/292/1/Inovasi_Teknologi_Instruksional_dalam_P%26P.pdf
Description
Summary:Sejak akhir-akhir ini, Kementerian Pelajaran dan Pengajaran Tinggi melihat ke arah pembelajaran secara elektronik sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep bagi matapelajaran yang diajar. Projek rintis Sekolah Bistari teah membangunkan banyak perisian bagi matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama syarikat swasta. Pembangunan makmal maya dalam pendidikan merupakan satu pendekatan yang baru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini masih lagi dalam peringkat awal maka dalam kertas kerja ini ialah penyelidik akan menerangkan mengenai analisis keperluan, analisis tugas, analisis arahan dan membina kerangka konsepsi kajian. Sampel kajian adalah pelajar tingkatan 5 Aliran Sains dari empat buah sekolah di Daerah Alor Gajah, Melaka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual, soal selidik dan ujian. Semua data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0. Ketiga-tiga instrumen digunakan untuk mengenalpasti topik yang bermasalah dalam pengajaran Kimia Tingkatan 4. Di samping itu laporan prestasi SPM bagi mata pelajaran Kimia dari Kementerian Pelajaran di analisa untuk mengenalpasti prestasi pelajar dalam menjawab soalan Kimia.