Pengujian makmal maya kimia berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual

Kini, makmal maya merupakan salah sau endekatan pembelajarn maya (Virtual Learning) mula diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dua aspek utama. Pertama, membangunkan sebuah makmal realiti maya berasakan multimedia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bakar, Norasiken, Badioze Zaman, Halimah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2010
Online Access:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/288/
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/288/1/Pengujian_Makmal_Maya_Kimia_Berasaskan_Pendekatan_Kognitivisme%2C_Konstruktivisme_dan_Konteksual.pdf
Description
Summary:Kini, makmal maya merupakan salah sau endekatan pembelajarn maya (Virtual Learning) mula diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dua aspek utama. Pertama, membangunkan sebuah makmal realiti maya berasakan multimedia untuk pelajaran Kimia yang bertajuk Makmal Maya Kimia bersasakan pendekatan kognitivisme-konstruktivisme-konteksual (VLab-Chem). Tujuan kedua penyelidikan tersebut ialah mengkaji keberkesanan makmal maya VLab-Chem. Makmal maya VLab-Chem dibangunkan berasaskan metodologi pembangunan Model Kitar Hayat Kognitivisme-Konstruktivisme-Konteksual (KHK3-VLab-Chem). Kajian keberkesanan terhadap makmal maya VLab-Chem, dilaksanakan berdasarkan pendekatan eksperimen separa, menggunakan teknik pemerhatian etnografi melalui sebuah kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 61 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah Sekolah Bestari di negeri Melaka iaitu Sekolah Menengah Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Pengujian keberkesanan dilaksanakan berasaskan kumpulan kawalan (K) dan kumpulan eksperimen (E), menggunakan ujian-t. Secara keseluruhannya kajian mendapati, bahawa kumpuln eksperimen (E) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan makmal maya(VLab-Chem) telah memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.