Analisis Kesilapan Dalam Pengembangan Dan Pemfaktoran Ungkapan Aljabar Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar tingkatan empat dalam pengembangan dan pemfaktoran ungkapan aljabar. Responden kajian ini terdiri daripada 133 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di negeri perak. Untuk men...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/63084/ http://eprints.usm.my/63084/1/Pages%20from%2013-00001792342.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesilapan yang sering
dilakukan oleh pelajar tingkatan empat dalam pengembangan dan pemfaktoran
ungkapan aljabar. Responden kajian ini terdiri daripada 133 orang pelajar tingkatan
empat dari dua buah sekolah menengah di negeri perak. Untuk menganalisis data,
pendekatan kuantitatif telah digunakan. Data dikutip menerusi ujian diagnostik
pengembangan dan pemfaktoran ungkapan aljabar yang mengandungi lapan bolas
soalan iaitu empat soalan dalam pengembangan ungkapan aljabar dan empat belas
soalan dalam pemfaktoran ungkapan aljabar. Hasil kajian menunjukkan terdapat
empat jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam pengembangan aljabar iaitu
kesilapan lazim pengembangan ungkapan aljabar, penggunaan tata tanda yang salah,
percantuman ungkapan serta lain-lain kesilapan yang tidak dapat dikategorikan serta
enam jenis kesilapan dalam pemfaktoran ungkapan aljabar iaitu kesilapan faktor
sepunya, kesilapan lazim pemfaktoran ungkapan aljabar, penggunaan tata tanda yang
salah, percantuman ungkapan, penyelesaian masalah sebagai persamaan dan lain-lain
kesilapan yang tidak dapat dikategorikan. Selain daripada itu, kajian ini juga
dilakukan untuk membandingkan jenis-jenis kesilapan pengembangan dan
pemfaktoran ungkapan aljabar di antara pelajar lelaki dan perempuan serta
perbandingan di antara pelajar jurusan sains dan vokasional. |
|---|