Kesediaan Pekebun Kecil Kelapa Sawit Di Johor Untuk Mematuhi Skim Sijil Kelestarian Minyak Sawit Malaysia

Industri sawit merupakan penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi negara. Sebagai sumber penyumbang terbesar terhadap ekonomi negara, pematuhan terhadap aspek perancangan dan pengurusan kawasan ladang sawit adalah sangat penting. Perancangan dan pengurusan ladang sawit secara lestari ini memerlukan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Salim, Anas
Format: Thesis
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/62939/
http://eprints.usm.my/62939/1/Pages%20from%20ANAS%20BIN%20MUHAMMAD%20SALIM%20-%20TESIS.pdf
Description
Summary:Industri sawit merupakan penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi negara. Sebagai sumber penyumbang terbesar terhadap ekonomi negara, pematuhan terhadap aspek perancangan dan pengurusan kawasan ladang sawit adalah sangat penting. Perancangan dan pengurusan ladang sawit secara lestari ini memerlukan penglibatan semua pihak khususnya pekebun kecil kelapa sawit. Pekebun kecil kelapa sawit ini adalah komuniti penting yang bertindak secara langsung dalam memastikan pengurusan ladang dan kebun diurus dengan baik. Terdapat tiga (3) objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti proses mengaplikasikan MSPO ke atas pemain industri kelapa sawit; menilai tahap kesediaan, sikap, norma subjektif dan kesedaran tingkah laku terkawal pekebun kecil kelapa sawit di Johor dalam mengaplikasikan pertanian lestari; dan menganalisis hubungan di antara sikap, norma dan kesedaran tingkah laku terkawal dengan niat pekebun kecil di Johor.