Kajian Manhaj Al-Shaibani Dalam Al-Athar
Bidang penulisan merupakan antara medan utama dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Para ulama Salaf dan Khalaf telah banyak menghabiskan masa mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang penulisan menghasilkan karya demi karya buat panduan generasi selepasnya. Pelbagai pendekatan yang digunakan a...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/62912/ http://eprints.usm.my/62912/1/15-Pages%20from%2000001792385.pdf |
| Summary: | Bidang penulisan merupakan antara medan utama dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan. Para ulama Salaf dan Khalaf telah banyak menghabiskan masa
mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang penulisan menghasilkan karya
demi karya buat panduan generasi selepasnya. Pelbagai pendekatan yang digunakan
agar dapat dipastikan karya yang dihasilkan memenuhi objektif yang digariskan
Walau bagaimana pun, penguasaan terhadap manhaj yang dilakarkan dalam
sesebuah penulisan kurang diberi tumpuan oleh masyarakat kini dan menyebabkan
kurang kefahaman terhadap kandungan sesebuah karya. Justeru, kajian yang
dijalankan ini bertujuan menyingkap antara manhaj yang diguna pakai oleh para
ulama hadith dalam penghasilan karya mereka dan mengkaji latar belakang al-
Shaibani dan pertaliannya dalam bidang hadith serta manhaj beliau dalam kitabnya
al-Athar. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini melibatkan metod
pengumpulan data dan penganalisisan data. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini
mendapati bahawa para ulama telah banyak menghasilkan karya dengan bercirikan
metodologi yang pelbagai di samping memberi kemudahan untuk dijadikan sebagai
rujukan. |
|---|