Kajian Adaptasi Sastera Dan Budaya Dalam Filem “Kaki Bakar”
“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi berasaskan sebuah cerpen Amerika ‘Bam Burning’. la diarahkan oleh U-Wei Saari dan dihasilkan pada tahun 1995, manakala teks sastera itu diterbitkan oleh William Faulkner pada tahun 1939. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis dua aspek utama filem,...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/62909/ http://eprints.usm.my/62909/1/12-Pages%20from%2000001792377.pdf |
| Summary: | “Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi berasaskan sebuah cerpen Amerika ‘Bam
Burning’. la diarahkan oleh U-Wei Saari dan dihasilkan pada tahun 1995, manakala
teks sastera itu diterbitkan oleh William Faulkner pada tahun 1939. Objektif kajian
ini ialah untuk menganalisis dua aspek utama filem, iaitu proses adaptasi dan isu-isu
budaya. Pengkaji meneliti proses adaptasi yang dilaksanakan oleh U-Wei Saari
menggunakan teori adaptasi oleh John M. Desmond dan Peter Hawkes bersama
dengan teori Brian McFarlane. Untuk aspek budaya pula, pengkaji menggunakan
pendekatan sosiologi sastera yang diperkenalkan oleh Alan Swingewood.
Kajian ini dilaksanakan melalui kombinasi kaedah kepustakaan, temu bual, pencarian
maklumat di laman sesawang dan analisis tekstual. Kajian ini mendapati bahawa UWei
Saari menggunakan pendekatan interweaving strategy di samping melakukan
beberapa ubahsuaian besar pada aspek-aspek lain cerpen. Seterusnya, berdasarkan
pendekatan sosiologi sastera, jelas terdapat satu perubahan dalam filem, khususnya
berkaitan dengan masyarakat dan budaya yang terlibat. Cerpen menampilkan
masyarakat Amerika dengan konflik berkaitan status sosial, manakala filem
menampilkan masyarakat Malaysia, khususnya etnik Melayu dan etnik Jawa, dengan
perbezaan dan pergeseran berasaskan etnik. Perbezaan dan pergeseran dalam filem
berkaitan dengan cinta terhadap watan, budaya kerja, jati diri dan agama. Kajian ini
penting kerana ia pertama kali dalam jenisnya. la menonjolkan kehebatan seorang
pengarah filem Melayu yang melakukan adaptasi daripada karya sastera Amerika,
khususnya daripada genre cerpen yang jarang dilakukan. |
|---|