Analisis Etnografi Komunikasi, Hubungan Kekerabatan Dan Domain Penggunaan Bahasa Jakun

Tesis ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh Orang Asli Jakun di dua buah perkampungan Orang Asli Jakun di Mukim Kahang, iaitu di Kampung Seri Kenangan dan Kampung Punjut. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan etnografi komunikasi bahasa Jakun; menentukan hubungan kekerabatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kasim, Mohamad Rozi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/62545/
http://eprints.usm.my/62545/1/24%20Pages%20from%2000001792386.pdf
Description
Summary:Tesis ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh Orang Asli Jakun di dua buah perkampungan Orang Asli Jakun di Mukim Kahang, iaitu di Kampung Seri Kenangan dan Kampung Punjut. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan etnografi komunikasi bahasa Jakun; menentukan hubungan kekerabatan bahasa Jakun dengan bahasa Melayu; dan menganalisis penggunaan bahasa Jakun dalam domain penggunaan bahasa terpilih komuniti Jakun. Informan kajian ini ialah Orang Asli Jakun. Data etnografi komunikasi dipungut menerusi temu bual terhadap 20 orang informan. Data 200 kosa kata bahasa Jakun untuk analisis perbandingan dengan kosa kata bahasa Melayu dipungut menerusi temu bual terhadap 20 orang informan. Borang soal selidik yang melibatkan 60 orang informan Jakun pula digunakan untuk mendapatkan data penggunaan bahasa Jakun dalam lima buah domain terpilih. Deskripsi etnografi komunikasi bahasa Jakun dalam kajian ini menggunakan kerangka teori S.P.E.A.K.l.N.G. saranan Dell Hymes (1964). Kerangka teori S.P.E.A.K.l.N.G. ini digunakan untuk menghuraikan peristiwa komunikasi Jan latar belakang Orang Asli Jakun.