Pengaruh Agen Sosialisasi Politik Terhadap Mahasiswa Dan Politik Kampus Di Malaysia

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan pengaruh agen sosialisasi politik terhadap mahasiswa dan politik kampus di Universiti Awam dalam Malaysia. Agen sosialisasi politik merujuk kepada kelompok yang berpotensi untuk memupuk nilai dan tingkah laku politik terhadap golongan sasaran. Kaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sabri, Muhammad Amir Asyraf Mohd
Format: Thesis
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/62346/
http://eprints.usm.my/62346/1/MUHAMMAD%20AMIR%20ASYRAF%20BIN%20MOHD%20SABRI%20-%20TESIS24.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan pengaruh agen sosialisasi politik terhadap mahasiswa dan politik kampus di Universiti Awam dalam Malaysia. Agen sosialisasi politik merujuk kepada kelompok yang berpotensi untuk memupuk nilai dan tingkah laku politik terhadap golongan sasaran. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui kaedah penyelidikan kuantitatif dan melalui agihan borang soal selidik. Sampel kajian melibatkan seramai 250 orang mahasiswa dari lima buah Universiti Awam iaitu, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kaedah pensampelan pula menggunakan teknik pensampelan berstrata dan dianalisis melalui deskriptif dan kolerasi. Kajian mendapati bahawa agen sosialisasi politik yang paling dominan dalam mempengaruhi mahasiswa adalah media massa berbanding keluarga, rakan sebaya, parti politik dan institusi pendidikan. Selain itu, terdapat dua cabaran politik nasional yang turut memberi impak pada politik kampus iaitu penglibatan mahasiswa dalam politik nasional dan polarisasi politik. Namun demikian, tahap penglibatan mahasiswa dalam politik kampus masih berada pada tahap yang sederhana. Rangkuman keseluruhanya mendapati penglibatan mahasiswa dalam proses sosialisasi politik pada tahap yang tinggi cenderung untuk terlibat secara aktif dalam bidang politik berbanding mahasiswa lain yang hanya mengalami proses sosialisasi politik pada tahap yang rendah.