| Summary: | Berbanding Hikayat Merong Mahawangsa (HA1M) dan At-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah (ATSNK), teks Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah (STKK) karangan Wan
Yahya Wan Mahamad Taib pada tahun 1911 di Alor Setar seringkali diabaikan
kewujudannya oleh pengkaji sejarah. Rujukan terhadap teks ini amat kurang malah
kajian menyeluruh terhadap teks ini belum benar-benar dilakukan. Hal ini
menyebabkan kepentingan teks ini sebagai sumber sejarah Kedah dekad pertama
abad ke-20 belum benar-benar diterokai. Walhal, sumber ini amat sarat dengan
maklumat tentang salasilah sultan-sultan Kedah, pembukaan negeri, peristiwa
ketibaan Islam, peranan para pembesar, perkahwinan diraja, kemangkatan raja,
peperangan dengan negara luar, sistem pentadbiran dan hubungan diplomatik dengan
negara luar. Menariknya, berbeza dengan HMM yang banyak mencampuraduk metos
dengan realiti sejarah, atau ATSNK yang melihat raja sebagai manusia yang paling
sempurna, teks Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah (STKK) nampaknya memilih
jalan yang lebih menghampiri sifat sejarah moden berhubung dengan fakta yang
dipersembahkan. Tanpa mitos, dan memilih untuk bersikap terbuka dalam
pengkisahan tentang perkembangan politik dan pemerintahan di negeri itu, teks ini
menggalurkan perkembangan sejarah Kedah tanpa berselindung di sebalik tabir
'daulat dan derhaka' yang menjadi landasan penceritaan dalam HMM dan ATSNK.
|