Pembangunan Modul Pengajaran Ruvho Dan Keberkesanannya Terhadap Pencapaian Dan Sikap Murid Tahun 3 Dalam Topik Ruang

Pengetahuan geometri dan ruang adalah penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan modul pengajaran berasaskan Fasa Pembelajaran Van Hiele berbantukan origami (...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: S. Sellaya @ Sellaiah, Mutharasan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59607/
http://eprints.usm.my/59607/1/24%20Pages%20from%20MUTHARASAN%20AL%20S.%20SELLAYA%20%40%20SELLAIAH.pdf
Description
Summary:Pengetahuan geometri dan ruang adalah penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan modul pengajaran berasaskan Fasa Pembelajaran Van Hiele berbantukan origami (RUVHO) terhadap pencapaian dan sikap murid Tahun 3 dalam topik ruang. Modul dibangunkan menggunakan model ADDIE berasaskan lima fasa pembelajaran van Hiele iaitu informasi, orientasi terarah, penjelasan, orientasi bebas dan integrasi berbantukan origami. Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul diuji oleh pakar-pakar bidang dan pakar pembangunan modul. Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan pasca.