Pengenalpastian Parasit Malaria
Dalam bidang perubatan, terdapat juru analisis bagi menganalisis dan mengeluarkan data daripada sampel sel darah. Sampel-sampel ini akan dikelaskan dan dianalisis bagi mengesan sebarang penyakit. Walau bagaimanapun bagi manusia, untuk melaksanakan kerja ini dalam lingkungan masa yang lama dan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57919/ http://eprints.usm.my/57919/1/Pengenalpastian%20Parasit%20Malaria_Syed%20Muhamad%20Hatmi%20Syed%20Zainal%20Abidin.pdf |
| Summary: | Dalam bidang perubatan, terdapat juru analisis bagi menganalisis dan
mengeluarkan data daripada sampel sel darah. Sampel-sampel ini akan dikelaskan dan
dianalisis bagi mengesan sebarang penyakit. Walau bagaimanapun bagi manusia, untuk
melaksanakan kerja ini dalam lingkungan masa yang lama dan sampel yang banyak
adalah memenatkan. Ini menyebabkan masalah kesilapan analisis kerap berlaku.
Seorang juruteknik makmal memerlukan satu tempoh masa yang agak lama bagi
memeriksa satu sampel. Kepekaan mata manusia adalah dalam lingkungan 40 peratus
sahaja dan seorang juruteknik makmal hanya boleh menganalisis tidak lebih daripada 20
sampel sehari bagi mengelakkan bacaan yang salah. Sebagai penyelesaiannya,
pembangunan perisian yang boleh menganalisis setiap sampel sel darah amat diperlukan
bagi mengatasi masalah ini. Perisian ini akan memeriksa keseluruhan sampel
berdasarkan kriteria-kriteria sesuatu penyakit. Bagi projek ini, kriteria-kriteria ataupun
ciri- ciri bagi parasit malaria perlu dipertimbangkan bagi mengenalpasti dan
mengesahkan sama ada suatu sampel darah mengandungi parasit malaria ataupun tidak.
Setelah kehadiran parasit malaria dikesan, bilangan parasit yang terdapat dalam satu
imej sampel sel-sel darah akan dikira bagi menentukan jumlah parasit malaria yang
terdapat dalam sampel tersebut. Perisian yang dibangunkan ini akan melaksanakan
analisis terhadap sampel menggunakan teknik pemprosesan imej yang
diimplementasikan menggunakan pengaturcaraan berorientasikan objek C++ Builder.
Dengan penggunaan sistem ini, ralat semasa pengenalpastian dilakukan akan dapat
dikurangkan dan lebih banyak sampel dapat diperiksa berbanding dengan kaedah biasa. |
|---|