Pengenalpastian Bakteria Tibi
Kaedah konvensional dalam mengenalpasti bakteria Mycobacterium tuberculosis daripada sampel air liur adalah menyukarkan dan sangat terdedah kepada ralat kerana pengiraan organisma dilakukan secara manual oleh juruteknologi ketika sesuatu spesimen sedang diperiksa melalui mikroskop. Kaedah ini l...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57918/ http://eprints.usm.my/57918/1/Pengenalpastian%20Bakteria%20Tibi_Nazrul%20Hilmi%20Mohammad.pdf |
| Summary: | Kaedah konvensional dalam mengenalpasti bakteria Mycobacterium tuberculosis
daripada sampel air liur adalah menyukarkan dan sangat terdedah kepada ralat kerana
pengiraan organisma dilakukan secara manual oleh juruteknologi ketika sesuatu
spesimen sedang diperiksa melalui mikroskop. Kaedah ini lazim menyebabkan
kelesuan mata yang boleh mengakibatkan banyak ralat. Oleh yang demikian, seseorang
juruteknologi dapat memeriksa tidak lebih daripada dua puluh specimen dalam masa
sehari untuk mengelakkan kelesuan yang boleh menyebabkan ralat itu. Maka kaedah
konvensional ini telah dianggap sebagai tidak produktif. Sebagai suatu usaha untuk
mengatasi masalah ini, projek ini membangunkan satu sistem perisian pemprosesan
imej digital, yang direkabentuk dan diimplimentasikan dengan menggunakan alatan
pembangunan perisian visual Borland C++ Builder. Perisian yang dibangunkan ini
secara khususnya disasarkan untuk memudahkan proses pengenalpastian bakteria
Mycobacterium tuberculosis dengan menggunakan imej-imej digital spesimen air liur
daripada pesakit-pesakit yang disyaki. Ia merangkumi tiga peringkat pengimejan
utama: peningkatan imej, peruasan imej, dan analisa gugusan. proses peningkatan imej
dalam perisian ini melibatkan transformasi jalur kelabu dan penurasan negatif untuk
menyediakan data imej bagi dua proses yang seterusnya. Kemudian, proses peruasan
imej menyediakan pilihan untuk pengguna sama ada menggunakan teknik pertumbuhan
kawasan berasaskan titik benih secara manual atau automatik. Seterusnya, teknik
analisa dan pengiraan gugusan ecara automatik mengira bilang organisma yang terdapat
dalam imej. Adalah diharapkan sistem perisian ini dapat diterima sebagai aplikasi yang
pantas dan tepat untuk mengenalpasti bakteria Mycobacterium tuberculosis daripada
spesimen air liur pesakit. |
|---|