Ujian Model Gegaran Penusukan Kesan Parameter : Saiz Cerucuk
Gegaran yang terhasil daripada kerja – kerja pembinaan mungkin akan mengakibatkan kerosakkan dan gangguan terhadap kawasan yang bangunan yang berdekatan, struktur , peralatan sensitif dan manusia. Ini kerana semasa kerja – kerja pembinaan; tenaga, anjakan, kelajuan dan pecutan yang terhasil ak...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57565/ http://eprints.usm.my/57565/1/Ujian%20Model%20Gegaran%20Penusukan%20Kesan%20Parameter%20Saiz%20Cerucuk_Suzita%20Zainal%20Anuar.pdf |
| Summary: | Gegaran yang terhasil daripada kerja – kerja pembinaan mungkin akan
mengakibatkan kerosakkan dan gangguan terhadap kawasan yang bangunan yang
berdekatan, struktur , peralatan sensitif dan manusia. Ini kerana semasa kerja – kerja
pembinaan; tenaga, anjakan, kelajuan dan pecutan yang terhasil akan dipindahkan ke
dalam struktur lapisan tanah. Pemindahan unsur – unsur ini akan mengakibatkan
terhasilnya gegaran yang mengakibatkan kerosakkan dan gangguan kepada kawasan yang
berdekatan jika gegaran yang terhasil adalah sangat besar.
Oleh sebab itu analisis terhadap penusukan cerucuk untuk mengetahui jumlah
gegaran yang terhasil apabila sesuatu cerucuk dihentak. Antara langkah yang perlu
dilakukan ialah pemantauan terhadap projek pembinaan yang bakal dijalankan, meramal
atau membuat hipotesis terhadap getaran yang terhasil dengan menggunakan alatan
Geophone dan perisian M-Vib dan mengawal tahap gegaran yang terhasil.
Melalui disertasi ini hubungan antara saiz cerucuk dan jumlah gegaran yang
terhasil dan kesan gegaran kepada kawasan berhampiran akan diterangkan dengan lebih
mendalam. Kaedah yang digunakan ialah mencerap dan menganalisa mengunakan alatan
geophone dan perisian M-Vib.
Model cerucuk dan pemberat digunakan untuk menggantikan cerucuk dan
pemberat sebenar. Kajian melibatkan kerja – kerja dalam makmal dan kerja – kerja
lapangan. Melalui kajian dan analisis yang dijalankan menunjukkan jumlah gegaran akan
bertambah apabila saiz cerucuk turut bertambah.
Hasil kajian dilihat dapat membantu jurutera awam menyelasaikan masalah
berkaitan gegaran yang terhasil semasa pelantakkan cerucuk. |
|---|