Peramalan Kedalaman Keruk Di Sekitar Pier Menggunakan Kaedah Regresi Teguh
Perkembangan teknologi dan peramalan terkini dalam melakukan kajian terhadap fenomena semulajadi terhadap keruk di sekitar pier semakin meluas. Ini adalah kerana faktor peramalan sangat penting bagi mewujudkan satu kombinasi rekabentuk yang selamat, ekonomi serta seimbang. Keruk terbentuk hasi...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57408/ http://eprints.usm.my/57408/1/Peramalan%20Kedalaman%20Keruk%20Di%20Sekitar%20Pier%20Menggunakan%20Kaedah%20Regresi%20Teguh_Ahmad%20Hakimi%20Mohamed.pdf |
| Summary: | Perkembangan teknologi dan peramalan terkini dalam melakukan kajian terhadap
fenomena semulajadi terhadap keruk di sekitar pier semakin meluas. Ini adalah kerana
faktor peramalan sangat penting bagi mewujudkan satu kombinasi rekabentuk yang
selamat, ekonomi serta seimbang. Keruk terbentuk hasil daripada aliran bergelora yang
dihalang oleh pier sesuatu jambatan dan menyebabkan proses degredasi pada pier di dasar
sesuatu sungai berlaku dalam suatu jangkamasa yang panjang. Fenomena keruk yang wujud
di sekitar pier pada sesuatu jambatan akan mengganggu kekuatan struktur yang
direkabentuk jurutera lalu menyebabkannya gagal. Tetapi, kaedah peramalan ini tidak dapat
digunakan untuk mendapatkan suatu nilai yang tepat disebabkan faktor persekitaran yang
sentiasa berubah. Oleh sebab itu, ia tidak sesuai untuk diaplikasikan untuk semua keadaan.
Di samping itu, melalui peramalan yang dibuat, risiko untuk sesuatu jambatan mengalami
kegagalan adalah sangat rendah sekiranya faktor peramalan ini diambilkira semasa
rekabentuk dibuat. Kajian telah dilakukan oleh Simon dan Senturk (1992), Kafi dan Annan
(1995) dimana mereka telah berjaya membangunkan beberapa persamaan bagi tujuan
peramalan. Mereka berpendapat sekiranya pekali bagi pemalar dan eksponen bagi
persamaan ini diterbitkan dengan menggunakan data lapangan, ketepatannya adalah
semakin tinggi. Berdasarkan cadangan tersebut, Ab. Ghani dan Nalluri (1996) telah
membangunkan beberapa persamaan baru bagi mengatasi setiap kelemahan yang wujud
untuk mendapatkan nilai kejituan yang lebih tinggi berpandukan data lapangan tersebut.
Melalui kajian ini, analisis akan dilakukan dengan menggunakan perisian S-PLUS melalui
tiga kaedah regresi teguh. |
|---|