Pengaruh Nisbah Air Simen Terhadap Kekuatan Konkrit
Konkrit adalah bahan binaan yang sensitif dan kerap mendatangkan masalah kepada pengguna. Konkrit mampu memberi perkhidmatan dalam tempoh yang panjang dengan penyenggaraan yang minimum. Walau bagaimanapun, penggunaan konkrit tidak terlepas dari masalah, seperti cacat dipermukaan, pecah di sudu...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57404/ http://eprints.usm.my/57404/1/Pengaruh%20Nisbah%20Air%20Simen%20Terhadap%20Kekuatan%20Konkrit_Lim%20Meng%20Kee.pdf |
| Summary: | Konkrit adalah bahan binaan yang sensitif dan kerap mendatangkan masalah kepada
pengguna. Konkrit mampu memberi perkhidmatan dalam tempoh yang panjang dengan
penyenggaraan yang minimum. Walau bagaimanapun, penggunaan konkrit tidak terlepas dari
masalah, seperti cacat dipermukaan, pecah di sudut-sudut, pengkaratan tetulang yang jelas
kelihatan yang akan menyebabkan konkrit pecah dan retak. Untuk mendapatkan konkrit yang
tahanlasak semasa dalam perkhidmatan, perlu difahami faktor yang mempengaruhi
ketahanlasakan konkrit itu sendiri. Salah satu faktor yang mempengaruhi konkrit itu ialah
nisbah air simen. Jika nisbah air simen digunakan lebih daripada had yang sepatutnya maka
kekuatan dan ketumpatan konkrit akan berkurang. Sebaliknya jika nisbah air simen kurang
maka kebolehkerjaannya rendah dan proses penghidratan adalah tidak sempurna. Ujian tanpa
musnah adalah kaedah pengujian ke atas konkrit tanpa meninggalkan kesan kecacatan atau
kerosakan yang ketara pada konkrit. Pengujian ke atas spesimen yang sama dilakukan tanpa
memusnahkannya. Antara kaedah-kaedah pengujian tanpa musnah adalah ujian tukul
menganjal dan ujian denyutan ultrasonik. Ujian denyutan ultrasonik adalah untuk mengawal
kualiti konkrit yang sama, sebarang pemadatan dan perubahan nisbah air simen boleh
dikesan. Ujian tukul menganjal merupakan satu ujian untuk menentukan keseragaman konkrit
dan penganggaran kekuatan konkrit pada sesuatu struktur. Ujian musnah ialah ujian
mampatan kiub konkrit adalah untuk menentukan kekuatan sebenar. Didapati hubungan
antara keputusan ujian tanpa musnah, ujian denyutan ultrasonik memberikan keputusan yang
paling tepat. |
|---|