Penentuan Ketumpatan Kering Tanah Menggunakan Bacaan Proba Mackintosh Dengan Mata Penusuk JKR

Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan antara ketumpatan kering tanah sampel dengan bacaan Mackintosh Probe yang dipasang dengan mata penusuk JKR (akan dipanggil JKR Probe selepas ini). JKR Probe merupakan salah satu kaedah yang sering dipakai untuk menganggarkan kekuatan tanah di tapak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khian Meng, Poh
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57403/
http://eprints.usm.my/57403/1/Penentuan%20Ketumpatan%20Kering%20Tanah%20Menggunakan%20Bacaan%20Proba%20Mackintosh%20Dengan%20Mata%20Penusuk%20JKR_Poh%20Khian%20Meng.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan antara ketumpatan kering tanah sampel dengan bacaan Mackintosh Probe yang dipasang dengan mata penusuk JKR (akan dipanggil JKR Probe selepas ini). JKR Probe merupakan salah satu kaedah yang sering dipakai untuk menganggarkan kekuatan tanah di tapak pembinaan di Malaysia. Dengan adanya hubungan ini, dapatlah membentuk satu alternatif baru di mana ketumpatan kering tanah dapat ditentukan dengan cepat. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pemerhatian terhadap perubahan bacaan JKR Probe pada tenaga pemadatan yang berlainan. Tanah ini juga akan dikelaskan mengikut piawaian Unified Soil Classification System. Keputusan menunjukkan kandungan lembapan optimum untuk maksimum JKR Probe tidak berlaku pada kandungan lembapan optimum untuk ketumpatan kering maksimum. Perbezaan antara kandungan lembapan pada maksimum bacaan JKR Probe dengan kandungan lembapan optimum bagi maksimum ketumpatan kering semakin kecil apabila tenaga pemadatan menaik. Namun begitu, tujuan utama untuk mencari alternatif baru ini gagal dicapai disebabkan perbezaan nilai ketumpatan kering tanah yang didapati adalah melebihi 20% dengan nilai sebenarnya.