Kajian Terhadap Ciri-Ciri Enap Cemar Di Tasik Harapan, Universiti Sains Malaysia
Tasik Harapan merupakan sebuah tasik rekreasi buatan yang terletak bersebelahan Desasiswa Harapan dan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dengan keluasan 3156 m2 . Memandangkan keadaan tasik yang tercemar dan kualiti air tasik yang kurang memuaskan serta sering berlaku limpahan apabila hujan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57340/ http://eprints.usm.my/57340/1/Kajian%20Terhadap%20Ciri-Ciri%20Enap%20Cemar%20Di%20Tasik%20Harapan%2C%20Universiti%20Sains%20Malaysia_Hasmarini%20Muhammad.pdf |
| Summary: | Tasik Harapan merupakan sebuah tasik rekreasi buatan yang terletak bersebelahan
Desasiswa Harapan dan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dengan keluasan 3156 m2
. Memandangkan keadaan tasik yang tercemar dan kualiti air tasik yang kurang
memuaskan serta sering berlaku limpahan apabila hujan lebat, satu kaedah untuk
memulihkan kembali keadaan asal air tasik dijalankan dengan menggunakan alat
pengudaraan Bio Reco. Berikutan itu, satu kajian telah dijalankan ke atas enap cemar
dan mikrobiologi air di Tasik Harapan.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan ciri-ciri fizikal serta kimia enap cemar
seperti kandungan lembapan, graviti tentu, ketumpatan pukal dan kandungan
logamnya serta mengkaji parameter mikrobiologi air. Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang dilaksanakan dan menilai tahap
pencemaran air di Tasik Harapan.
Secara umumnya, keputusan kajian menunjukkan purata kandungan lembapan enap
cemar ialah 214.21%, purata graviti tentu ialah 2.02 dan purata ketumpatan pukalnya
ialah 1.19 g/cm3
. Purata ketebalan lapisan enap cemar pula ialah 0.27 m. Kepekatan
logam ferum di dalam enap cemar menunjukkan purata yang tertinggi diikuti zink dan
kromium menunjukkan purata kepekatan yang paling rendah. Dari segi mikrobiologi
air, didapati terdapat kehadiran koloni bakteria dan ini menjadi petunjuk kepada paras
pencemaran air tasik. |
|---|