Kajian Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat Menggunakan Konkrit Terubahsuai Polimer Lateks
Memiliki bangunan atau tempat kediaman yang mempunyai pemandangan yang menarik, contohnya pemandangan di tepi pantai menjadi idaman bagi setiap individu atau keluarga. Tetapi, seringkali struktur rumah kediaman atau bangunan khususnya mempunyai masalah yang ketara sekiranya ia dibina berdekata...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57336/ http://eprints.usm.my/57336/1/Kajian%20Rekabentuk%20Rumah%20Banglo%202%20Tingkat%20Menggunakan%20Konkrit%20Terubahsuai%20Polimer%20lateks_Luke%20Jetie%20Benjamin.pdf |
| Summary: | Memiliki bangunan atau tempat kediaman yang mempunyai pemandangan yang menarik,
contohnya pemandangan di tepi pantai menjadi idaman bagi setiap individu atau
keluarga. Tetapi, seringkali struktur rumah kediaman atau bangunan khususnya
mempunyai masalah yang ketara sekiranya ia dibina berdekatan dengan tepi pantai,
khususnya yang mudah terdedah kepada air masin, seperti air laut. Masalah ini mungkin
dapat dikurangkan dengan penggunaan konkrit terubahsuai polimer lateks (KTPL) di
dalam pembinaan struktur tersebut. Bagaimanapun, para kontraktor kurang menggemari
menggunakan konkrit terubahsuai polimer sepenuhnya di dalam pembinaan kerana kos
yang kurang efisien, iaitu kos pembinaan yang agak tinggi. Pada hakikatnya, penggunaan
konkrit terubahsuai polimer merupakan alternatif terbaik dari segi kos juga kerana ia
terbukti melibatkan kos kitaran hayat (life cycle cost) bagi struktur tersebut, cuma
sebilangan kontraktor atau pemaju yang tidak menyedari hakikat ini. Disertasi ini
bertujuan membandingkan perubahan kuantiti tetulang di antara penggunaan konkrit
konvensional dan juga konkrit terubahsuai polimer. Ia juga bertujuan untuk melihat
perubahan harga kuantiti isipadu konkrit jika dibandingkan penggunaan konkrit
konvensional atau konkrit terubahsuai polimer. Kedua – dua data ini diperolehi dengan
merekabentuk struktur rumah banglo sebagai model rujukan. Keputusan yang diperolehi
mendapati penggunaan konkrit terubahsuai polimer memberikan harga kuantiti konkrit
dan juga kuantiti tetulang yang lebih tinggi daripada penggunaan konkrit konvensional.
Literasi ini penting kerana mungkin konkrit terubahsuai polimer dapat digunakan
sepenuhnya dalam industri pembinaan pada masa hadapan. |
|---|