Kajian Mengenalpasti Kecacatan Pada Anggota Struktur Bangunan Kayu Sediada
Kajian ini tertumpu kepada mengenalpasti kecacatan dan punca-puncanya pada anggota struktur kayu berdasarkan spesis atau kumpulan kekuatan. Dua buah bangunan kayu sediada yakni Stesen Keretapi Sungai Nal, Kuala Krai dan Kuarters Kerajaan, Pasir Puteh telah dipilih sebagai model untuk kajian. A...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57078/ http://eprints.usm.my/57078/1/Kajian%20Mengenalpasti%20Kecacatan%20Pada%20Anggota%20Struktur%20Bangunan%20Kayu%20Sediada_Chen%20Fook%20Keong.pdf |
| Summary: | Kajian ini tertumpu kepada mengenalpasti kecacatan dan punca-puncanya pada
anggota struktur kayu berdasarkan spesis atau kumpulan kekuatan. Dua buah
bangunan kayu sediada yakni Stesen Keretapi Sungai Nal, Kuala Krai dan Kuarters
Kerajaan, Pasir Puteh telah dipilih sebagai model untuk kajian. Anggota struktur yang
dikaji adalah rangka kekuda, rasuk, tiang, gelegar dan papan lantai. Pemeriksaan
secara visual dan ujian pengecaman kayu dilakukan di lapangan untuk mengenalpasti
dan menentukan kategori kecacatan serta spesis supaya dapat membantu dalam kerja-kerja penilaian, penyelenggaraan dan penambahbaikan bangunan kayu dengan lebih
sistematik dan effisien lagi. Kajian ini juga menyemak kaedah konvensional yang
diamalkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR Daerah) dalam pembaikpulihkan bangunan
kayu. Beberapa kaedah pembaikan dan pencegahan yang telah dipraktikkan oleh
American Society of Civil Engineers dapat diperkenalkan dalam kajian. Hasil
daripada pemeriksaan, Merbau, salah satu spesis yang tahanlasak, amat popular
digunakan untuk pembinaan pada zaman dahulu. Corak kecacatan yang dikenalpasti
adalah hampir sama walaupun fungsi, lokasi, persekitaran dan penyelenggaraan
bangunan berbeza. Kajian mendapati 73% kayu merosot adalah disebabkan oleh air
yang juga merupakan musuh utama kepada kayu. Antara agen perosak kepada kayu
yang tinggi ialah anai-anai. 70% daripada kecacatan yang berlaku dapat dicegah
semasa bangunan dalam perkhidmatan manakala 30% lagi dapat dielakkan semasa
bangunan dibina. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan termasuk
senarai semakan untuk mempertingkatkan lagi kerja-kerja penilaian dan pemulihan
struktur kayu. |
|---|