Analisis Persembahan Pengumpul Tenaga Suria Plat Rata
Pengumpul tenaga suria plat-rata adalah salah satu daripada alat yang digunakan untuk applikasi-applikasi Pemanasan Air Domestik secara Tenaga Suria (DSWH), proses terma dalam industri dan kejuruteraan tenaga suria. Dasar kerja sebuah pengumpul tenaga suria plat-rata ialah is menyerap tenaga r...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57042/ http://eprints.usm.my/57042/1/Analisis%20Persembahan%20Pengumpul%20Tenaga%20Suria%20Plat%20Rata_Yeoh%20Pang%20Tee.pdf |
| Summary: | Pengumpul tenaga suria plat-rata adalah salah satu daripada alat yang
digunakan untuk applikasi-applikasi Pemanasan Air Domestik secara Tenaga Suria
(DSWH), proses terma dalam industri dan kejuruteraan tenaga suria. Dasar kerja
sebuah pengumpul tenaga suria plat-rata ialah is menyerap tenaga radiasi yang
dibekalkan dari matahari dan memindahkan haba yang diserap kepada bendalir yang
digunakan untuk memanaskan air. Pada masa kini, terdapat peningkatan dalam
bilangan pengumpul plat-rata yang digunakan kerana ia merupakan alternatif yang
lebih murah dalam pemanasan air. Dengan ini, tujuan projek ini adalah untuk
menyelidik kesan beberapa parameter terhadap persembahan pengumpul tenaga suria
plat-rata dan akhirnya menunjukkan bagaimana pengumpul yang optimum dapat
dibina daripada analisis ini.
Satu analisis yang perinci mengenai pengumpul tenaga suria plat-rata telah
dijalankan untuk meramalkam persembahan pengumpul ini dalam bentuk suhu plat
min, fluks tenaga berguna dan kecekapan. Dengan mengubah parameter-parameter
rekabentuk dan pengoperasian, analisis pemgumpul adalah berdasarkan teori
penyerapan radiasi, kehilangan haba dan suhu pemgumpul.
Sebuah program menganalisa pemgumpul tenaga suria plat-rata (FPSCAP)
telah dihasilkan menggunakan C++ untuk membantu dalam menganalisa kesan
pelbagai parameter tersebut dalam persembahan sesebuah pemgumpul. FPSCAP
berupaya mengevaluasikan persembahan pengumpul dengan mengira tenaga suria
setiap jam, sudut anjakan pemgumpul dan suhu keluaran bendalir. Program ini juga
dapat menentukan kecekapan pengumpul apabila pengumpul tersebut beroperasi pada
keadaan-keadaan yang ditentukan oleh pengguna. Keadaan-keadaan ini termasuklah
hari, lokasi pengumpul (dalam darjah latitud), parameter fizikal dan parameter
pengoperasian pengumpul.
Daripada analisis ini, parameter-parameter yang dikaji adalah diameter tiub
yang digunakan untuk mengalirkan bendalir untuk pemindahan haba, jarak di antara
tiub, tebal plat penyerap, kadar alir jisim bendalir untuk pemindahan haba dan suhu
masukan bendalir. Dengan itu, mengoptimumkan parameter-parameter ini dapat
menaikkan persembahan pengumpul tenaga suria plat-rata dari segi kecekapan. Ini
dicapai dengan memaksimakan diameter tiub, tebal plat penyerap dan kadar alir jisim
di samping meminimumkan jarak di antara tiub dan suhu masukan bendalir.
Perbandingan di antara kecekapan harian pengumpul bagi tempoh satu tahun
telah dijalankan dan keputusan memberikan kenaikan kecekapan sebanayak 8.6%.
Nilai ini hampir malar bagi setiap hari kerana parameter-parameter telahpun
dioptimumkan. |
|---|