Rekabentuk Buku Kanak-Kanak Dewan Bahasa Dan Pustaka : 1958- 1978
Grid, menurut Kamus Dewan, ialah permukaan yang direntangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. Dari segi rekabentuk, grid berrnaksud panduan untuk mewujudkan keseimbangan, keseragaman dan ketcpatan rekaletak. 1 Dalam lain perkataan, grid berrnaksud suatu tunjuk pandu untuk merekale...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
1997
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/51539/ http://eprints.usm.my/51539/1/Reka%20bentuk%20buku%20kanak-kanak.pdf |
| Summary: | Grid, menurut Kamus Dewan, ialah permukaan yang direntangi
silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. Dari segi rekabentuk,
grid berrnaksud panduan untuk mewujudkan keseimbangan, keseragaman
dan ketcpatan rekaletak. 1 Dalam lain perkataan, grid berrnaksud suatu
tunjuk pandu untuk merekaletak elemen-elemen buku seperti kulit, bahan
awalan, teks, ilustrasi dan bahan akhiran supaya nampak seragam dan
berterusan. Seorang penulis Barat, John Laing berpendapat bahawa grid
untuk buku kanak-kanak haruslah mudah supaya bacaan mereka tidak
terganggu. 2
Elemen-elemen buku yang menjadi bahan kajian ini ialah seperti kulit
buku, bahan teks dan ilustrasi kerana elemen-elemen ini sangat penting untuk
bahan bacaan kanak-kanak. Bahan awalan dan bahan akhiran tidak terrnasuk
di dalam kajian ini. Bahan awalan seperti judul kecil, judul penuh,
kandungan, hak cipta dan prakata dipercayai tidak memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Bahan akhiran seperti biodata penulis,
senarai istilah, glosari dan indeks memang tidak dimuatkan di dalam
bahagian ini.
Dalam kajian-ini sukatan Iebar, tinggi dan tebal disukat men!:,rikut
sistem metrik. Sistem ini sememangnya digunakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) untuk merekabentuk buku. |
|---|