Kesan pembacaan novel kepada remaja di Malaysia

Novel merupakan salah satu medium penting yang sering digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk penceritaan. Media naratif ini telah lama digunakan di Malaysia dan semakin meningkat penggunaannya sejak timbulnya ‘demam adaptasi novel’ ke genre drama. Sehubungan dengan terjadinya lambakan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saidin, Fatimah, Ahmad, Jamilah
Format: Article
Language:English
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/49125/
http://eprints.usm.my/49125/1/MJYS%20Vol%2013%20Dec%202015-221-237.pdf
Description
Summary:Novel merupakan salah satu medium penting yang sering digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk penceritaan. Media naratif ini telah lama digunakan di Malaysia dan semakin meningkat penggunaannya sejak timbulnya ‘demam adaptasi novel’ ke genre drama. Sehubungan dengan terjadinya lambakan novel bergenre popular di pasaran, satu kajian telah dijalankan untuk melihat kesan pembacaan novel kepada pembaca dalam kalangan remaja. Menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian fenomenologi, sekumpulan peserta kajian yang terdiri daripada 10 remaja peminat novel telah ditemubual secara mendalam bagi mendapatkan maklumat mengenai kesan pembacaan novel terhadap perkembangan diri mereka. Hasil kajian mendapati, pembacaan novel memberi pelbagai kesan perubahan dalam perkembangan diri remaja seperti perubahan kepercayaan, perubahan persepsi, perubahan tingkah laku, peningkatan maklumat dan peningkatan kemahiran bahasa.