Adat melenggang perut yang semakin luput di kalangan masyarakat Melayu Melaka kini

Dalam masyarakat tradisi Alam Melayu, konsep adat memancarkan hubungan mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dan dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam social dan alam ghaib. Setiap perhubungan ini diucapkan sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abu Chik., Azizah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 1988
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48226/
http://eprints.usm.my/48226/1/adat%20melenggang%20frontpages.pdf
Description
Summary:Dalam masyarakat tradisi Alam Melayu, konsep adat memancarkan hubungan mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dan dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam social dan alam ghaib. Setiap perhubungan ini diucapkan sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan dan acara. Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan itu sama ada dalam erti intisari kewujudan sesuatu asas ukuran buruk baik, peraturan hidup seluruh masyarakat mahupun tatacara perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanan satu-aatu kelompok institusi. Dari segi etimologi, 'adat' berasal dari bahasa Arab yang bererti kebiasaan. 3 • Dalam ertikata lain, adat bolehlah diertikan sebagai peraturan hidup masyarakat yang tidak kurang penting dan diberikan perhatian juga. Adat adalah merupakan pencerminan daripada keperibadian sesuatu bangsa, merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa yang bersangkutan dari abad ke abad. Oleh kerana itu maka tiap bangsa di dunia ini memiliki adat kebiasaan sendiri-sendiri yang satu dengan yang lainnya tidak sama. Justeru oleh kerana ketidak--. samaan inilah kita dapat mengatakan bahawa adat itu merupakan unsur yang terpenting yang memberikan identiti kepada bangsa yang bersangkutan.