Transformasi Pendidikan Tahap 1 : Peperiksaan Ke Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Kesan Terhadap Autonomi Guru

Pemansuhan peperiksaan tahap 1 dan pelaksanaan PBD sebagai bentuk penilaian murid telah mula dilaksanakan pada tahun 2019. Kajian ini adalah untuk melihat kesan perubahan ini terhadap autonomi guru iaitu dengan mengenalpasti tahap autonomi guru, perbezaan autonomi guru berdasarkan demografi serta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Isa, Anniliza Binti Mohd, Mydin, Al-Amin Bin, Abdullah, Abdul Ghani Kanesan Bin, Rasidi, Wan Fadhlurrahman W. Md.
Other Authors: Habidin, Nurul Fadly
Format: Book Section
Language:English
Published: Kaizentrenovation Sdn. Bhd. 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46853/
http://eprints.usm.my/46853/1/Autonomi%20guru%20dalam%20PBD.pdf
Description
Summary:Pemansuhan peperiksaan tahap 1 dan pelaksanaan PBD sebagai bentuk penilaian murid telah mula dilaksanakan pada tahun 2019. Kajian ini adalah untuk melihat kesan perubahan ini terhadap autonomi guru iaitu dengan mengenalpasti tahap autonomi guru, perbezaan autonomi guru berdasarkan demografi serta mengenalpasti samada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun masih dijalankan di sekolah sebagai sebahagian dari PBD. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan mengunakan instrumen soal selidik terhadap 58 orang guru sekolah rendah yang mengajar tahap 1 dengan sampel dipilih secara rawak mudah. Dapatan kajian ini menunjukkan autonomi guru berada pada tahap tinggi dan aspek pendidikan pempunyai perbezaan yang signifikan kepada autonomi guru selain lebih separuh responden masih mengamalkan peperiksaan formatif sebagai sebahagian dari PBD. Isu dan cabaran autonomi guru dalam PBD dibincangkan dengan cadangan terhadap peranan pentadbir sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam pengupayaan guru, kesedaran guru tentang peningkatan akauntabiliti seiring dengan peningkatan autonomi serta kajian impak berterusan.