Keberkesanan pembelajaran Bahasa Melayu berteraskan kreativiti dalam pembinaan ayat

Kajian ini berfokus kepada strategi pembinaan ayat menggunakan kreativiti yang digunakan oleh guru bahasa Melayu yang bertujuan membuktikan bahawa teori kreativiti yang diolah dari Paul Torrance (1970) seperti kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan perkembangan idea akan dapat meningkatkan kemahiran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Nabilah Husna, Mohammad, Wan Muna Ruzanna Wan
Other Authors: Abu, Norsofiah Bakar
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46545/
http://eprints.usm.my/46545/1/ART%2029.pdf
Description
Summary:Kajian ini berfokus kepada strategi pembinaan ayat menggunakan kreativiti yang digunakan oleh guru bahasa Melayu yang bertujuan membuktikan bahawa teori kreativiti yang diolah dari Paul Torrance (1970) seperti kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan perkembangan idea akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kreativiti guru diukur menggunakan Torrence Tests of Creative Thinking (TTCT) berdasarkan pembinaan ayat. Sasaran kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah swasta dengan melibatkan 15 orang murid tingkatan satu. Instrumen yang digunakan adalah aktiviti kreativiti menggunakan keratan akhbar. Analisis dokumen dijalankan setelah guru menjalankan kreativiti seperti penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran menggunakan kaedah (1) potong dan tampal perkataan, (2) ayat berdasarkan gambar, (3) ayat berdasarkan iklan dan (4) ayat berdasarkan gambar tokoh digunakan dalam kajian ini. Hasil daripada analisis dokumen mendapati murid dapat menguasai pembinaan ayat secara kreatif dan inovatif setelah menggunakan kreativiti dalam pengajaran. Penggunaan keratan akhbar ini dapat mencetuskan daya imaginasi murid dalam bilik darjah seterusnya meningkatkan teknik untuk membina ayat dengan cepat dan efektif. Murid didapati lebih petah menuturkan ayat secara lisan serta pantas mengembangkan idea yang unik dan berinformasi. Kajian ini membuka peluang kepada guru untuk menghasilkan kreativiti yang tersendiri di dalam bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar.