Penilaian aras feritin serum di kalangan pekerja pejabat wanita di bandar Kota Bharu

Satu kajian hirisan-lintang telah dijalankan ke atas pekerja pejabat di Daerah Kota Bharu.Responden terdiri daripada 52 pekerja lelaki dan 70 pekerja wanita yang berumur di antara I 8 hingga 45 tahun.Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aras feritin serum dan status zat besi di kalangan mereka.Kaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mustapha, Mohd Rafi, Daud, Wan Nudri Wan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/42607/
http://eprints.usm.my/42607/1/GP...Penilaian_Aras_Feritin_Serum_Di_Kalangan_Perkerja_Pejabat_Wanita_Di_Bandar_Kota_Bharu...2002...OCR...pdf
Description
Summary:Satu kajian hirisan-lintang telah dijalankan ke atas pekerja pejabat di Daerah Kota Bharu.Responden terdiri daripada 52 pekerja lelaki dan 70 pekerja wanita yang berumur di antara I 8 hingga 45 tahun.Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aras feritin serum dan status zat besi di kalangan mereka.Kajian ini mendapati purata aras hemoglobin di kalangan pekerja lelaki dan wanita ialah masing-masing 15.1 ± 1.3 dan 13.7 ± 1.4.Purata aras feritin serum di kalangan pekerja lelaki ialah 81.2 ± 45.7, manakala di kalangan pekerja wanita ialah 37.2 ± 25.5. Terdapat seramai 3.9% (2 orang) pekerja lelaki dan 7.1% (5 orang) pekerja wanita mengalami kekurangan zat besi tanpa anemia.Manakala terdapat seramai 1.9% (1 orang) pekerja lelaki dan 2.9% (2 orang) pekerja wanita mengalami kekurangan zat besi dengan anemia (kekurangan zat besi yang teruk).Hampir separuh daripada pekerja wanita (47.1% atau 33 orang) didapati mempunyai simpanan zat besi yang rendah (feritin serum 12- 34.9). Masalah simpanan zat besi yang rendah di kalangan pekerja lelaki adalah lebih rendah iaitu seramai 11.5% atau 6 orang. Daripada keputusan kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pekerja wanita adalah golongan yang mempunyai risiko tinggi mengalami kekurangan zat besi. Oleh yang demikian langkah-langkah tertentu patut diambil oleh pihak yang berkaitan dalam menangani masalah ini.