Nyanyian Panton Dalam Tarian Selong Perkahwinan Cocos di Sabah.
Etnik Cocos merupakan masyarakat minoriti yang menetap di Sabah. Orang Cocos merupakan antara masyarakat yang memiliki pantun dalam adat perkahwinannya. Antaranya pantun mintak anak orang (meminang), melamar, seminggu sebelum perkahwinan dan semasa perkahwinan, iaitu keramaian meraikan pengantin ata...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
School of Social Sciences, USM
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/41163/ http://eprints.usm.my/41163/1/ART_95.pdf |
| Summary: | Etnik Cocos merupakan masyarakat minoriti yang menetap di Sabah. Orang Cocos merupakan antara masyarakat yang memiliki pantun dalam adat perkahwinannya. Antaranya pantun mintak anak orang (meminang), melamar, seminggu sebelum perkahwinan dan semasa perkahwinan, iaitu keramaian meraikan pengantin atas pajangan (pelamin). Kajian ini telah dilakukan di Kampung Balung Cocos,
Tawau dan Kampung Skim Cocos, Kunak dimana orang Cocos menetap di situ. Pantun Cocos sangat unik dan memiliki persamaan dengan pantun Melayu. Namun begitu, masih terdapat perbezaannya antara kedua-dua pantun seperti dari segi pengucapan dan pemilihan diksinya. Keunikkan pantun Cocos dapat dilihat semasa tarian Selong dilangsungkan. Ketika ini, pengantin akan duduk di atas pajangan (pelamin) yang disaksikan oleh sanak saudara, jiran tetangga dan para tetamu yang hadir. Persembahan
tarian Selong akan diadakan selepas acara menarik “daun lepat” dan “melenggok Kemanten.” Persembahan ini akan melibatkan keluarga pengantin lelaki dan perempuan, jiran tetangga dan tetamu yang hadir. Nyanyian pantun akan mengiringi persembahan tarian Selong berserta muzik dan biola. Pantun yang dilagukan terkandung pengajaran dan nilai murni, disamping hiburan kepada pendengarnya. |
|---|