Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) dalam Pembelajaran
Kajian mengenai pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Ia bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru dalam...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
School of Social Sciences, USM
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/41119/ http://eprints.usm.my/41119/1/ART_84.pdf |
| Summary: | Kajian mengenai pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Ia bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pemupukan KBAT dalam proses pembelajaran. Kajian tinjauan dijalankan ke atas 35 orang guru dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu merangkumi faktor demografi guru dan dua konstruk kajian iaitu pengetahuan dan kemahiran. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap pengetahuan (skor min 3.83,s.p=0.56) terhadap pemupukan KBAT yang tinggi tetapi mempunyai tahap kemahiran terhadap pelaksanaan KBAT yang sederhana dengan skor min 3.48 (s.p=0.52). Hasil kajian yang diperoleh dapat memberikan maklumat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya bagi
merancang dan merangka strategi-strategi untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan guru. Selain itu,
dapatan kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada pentadbir-pentadbir sekolah dan guru-guru terutamanya guru-guru pendidikan sains di sekolah rendah. Hal ini kerana pendidikan sains yang diajar pada peringkat rendah merupakan pencetus untuk meningkatkan minat murid terhadap sains ke arah yang lebih tinggi lagi. Dalam pada yang sama, guru-guru berusaha untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka dan juga murid-murid. |
|---|