Indikasi keperluan penambahbaikan rekabentuk senibina bangunan keselamatan di Malaysia: kajian kes ke atas balai-balai polis di negeri Johor, Selangor, dan Pulau Pinang
Kehadiran sesebuah bangunan keselamatan di sesuatu kawasan sebenarnya boleh menghadirkan perasaan selamat, dan juga terlindungi kepada seseorang. Secara tidak langsung, bangunan keselamatan juga dikira sebagai mampu menggambarkan tahap kepedulian dan kepekaan pihak berkuasa untuk memastikan keselam...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
School of Social Sciences, USM
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/40687/ http://eprints.usm.my/40687/1/ART_53.pdf |
| Summary: | Kehadiran sesebuah bangunan keselamatan di sesuatu kawasan sebenarnya boleh menghadirkan perasaan selamat, dan juga terlindungi kepada seseorang. Secara tidak langsung, bangunan keselamatan juga dikira sebagai mampu menggambarkan tahap kepedulian dan kepekaan pihak
berkuasa untuk memastikan keselamatan individu, komuniti, dan juga negara. Kertas kajian ini membincangkan secara umum isu-isu berkaitan tahap keselamatan semasa dalam
Malaysia, untuk dijadikan sandaran dan rujukan silang bagi membantu penilaian terhadap kemampuan sesebuah bangunan keselamatan di Malaysia melaksanakan prosedur standard operasi harian (SOP)sebagai sebuah bangunan keselamatan mengikut pandangan kesenibinaan. Walau bagaimanapun, skop kajian ini hanyalah bertumpu kepada bangunan-bangunan balai polis di dalam negeri Johor, Selangor, dan Pulau Pinang.
Objektif kajian yang dijalankan ini juga adalah bertujuan untuk memastikan bahawa bangunan-bangunan balai polis sedia ada mampu menangani pelbagai jenis permasalahan serta kes-kes jenayah yang berlaku. Justeru, kajian akan memberikan perhatian kepada tiga kategori balai polis yang telah dikenalpasti iaitu balai polis (i) dalam bandar, (ii) sub-bandar, dan (iii) luar bandar.
Kaedah kajian yang akan dilaksanakan adalah menggunakan kaedah kajian kes; yang melaksanakan pemerhatian secara langsung, dan menemubual responden-responden yang terdiri daripada anggota-anggota keselamatan yang bertugas di bangunan balai-balai polis terpilih. Melalui pemerhatian dan penilaian literatur awalan kajian, dapatlah dibuat kesimpulan awal bahawa memang wujud lompang keperluan untuk menambahbaik bangunan-bangunan balai polis sedia ada. Penambahbaikan ini adalah bagi membolehkan ia berfungsi mengikut SOP yang telah digariskan oleh
pihak Polis Di Raja Malaysia, dan Kementerian Dalam Negeri. Rekabentuk bangunan yang senantiasa ditambah baik mengikut keperluan operasi juga adalah perlu bukan sahaja demi keselamatan pihak awam, malah perlu memastikan keselamatan anggota pasukan itu sendiri. |
|---|