Evolusi Gatekeeping: Satu Kajian Konseptual Ke Atas Kewartawanan Atas Talian

Kertas ini dirangka untuk meneliti evolusi gatekeeping dalam industri kewartawanan dengan adanya Internet. Gatekeeping didefinisikan sebagai 'regime of control' kerana menentukan kandungan (apa) yang memasuki bilik berita dan disebarkan kepada sirkulasi. Bagaimanapun peralihan kewartawa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Somasundharam, Hemawathi, Balaraman, Rani Ann
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39435/
http://eprints.usm.my/39435/1/ART_21.pdf
Description
Summary:Kertas ini dirangka untuk meneliti evolusi gatekeeping dalam industri kewartawanan dengan adanya Internet. Gatekeeping didefinisikan sebagai 'regime of control' kerana menentukan kandungan (apa) yang memasuki bilik berita dan disebarkan kepada sirkulasi. Bagaimanapun peralihan kewartawanan tradisional (televisyen, radio & bahan bercetak) kepada kewartawanan atas talian telah memberi ruang kepada pengguna media baru untuk melaporkan kejadian setempat menerusi ruangan media sosial. Fenomena ini mengundang perdebatan ke atas ‘peranan dan kuasa’ gatekeeping dalam kewartawanan atas talian kerana penyebaran maklumat melalui platform sosial tidak melalui proses gatekeeping sepertimana dijalankan oleh media tradisional. Ini kerana media tradisional mengkhususkan bidang tugas editor atau penyunting bagi mengawal pengaliran maklumat kepada awam. Namun begitu, hujahan sarjana seperti Livingstone & Benett (2003); Singer (2008) menyatakan kemajuan teknologi tidak menjejaskan sebarang proses gatekeeping ke atas maklumat yang disebarkan atas talian. Pernyataan ini membuktikan evolusi gatekeeping seiring dengan kemajuan yang dicapai dalam dunia kewartawanan dan kerelevanan proses gatekeeping dalam kewartawanan atas talian. Kajian ini mengetengahkan hujahan sarjana komunikasi dan melihat perbandingan antara model teori Gatekeeping (tradisional) dan Network Gatekeeping Theory (NGT) untuk meneliti evolusi gatekeeping.