KESAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN TERHADAP KOMUNITI PESISIR PANTAI DI PASIR GUDANG, JOHOR
Kawasan perindustrian Pasir Gudang merupakan sebuah kawasan perindustrian yang sedang giat membangun di Johor. Kawasan perindustrian Pasir Gudang dahulunya merupakan sebuah kawasan pedalaman yang hasil ekonominya bergantung kepada komoditi getah. Kini, pembangunan dalam sektor perindustrian telah...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/39199/ http://eprints.usm.my/39199/1/Icoss-radin.pdf |
| Summary: | Kawasan perindustrian Pasir Gudang merupakan sebuah kawasan perindustrian yang sedang
giat membangun di Johor. Kawasan perindustrian Pasir Gudang dahulunya merupakan sebuah
kawasan pedalaman yang hasil ekonominya bergantung kepada komoditi getah. Kini,
pembangunan dalam sektor perindustrian telah membawa kepada pertambahan peluang
pekerjaan dan pertumbuhan penduduk yang pesat. Hal ini secara langsung telah memberi kesan
ke atas taraf hidup dan keadaan sosioekonomi masyarakat setempat khususnya terhadap
komuniti pesisir pantai di kawasan Pasir Gudang. Meskipun pembangunan kawasan
perindustrian rancak berlaku di sekeliling mereka, namun masih terdapat perkampungan di
kawasan pesisir pantai yang masih mengekalkan nilai, tradisi dan amalan ekonomi masyarakat
desa. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kesan
pembangunan kawasan perindustrian terhadap tahap sosioekonomi komuniti pesisir pantai di
kawasan Pasir Gudang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif
deskriptif melibatkan seramai 60 orang ketua isi rumah yang terdiri daripada komuniti pesisir
pantai di Kampung Tanjung Langsat dan Kampung Perigi Acheh. Hasil kajian ini mendapati
terdapat perubahan yang ketara ke atas status sosioekonomi komuniti pesisir pantai akibat
pembangunan kawasan perindustrian di Pasir Gudang. Antara perubahan positif yang diterima
adalah dari aspek pekerjaan dan pendapatan. Manakala kesan negatif akibat pembangunan
pesat kawasan perindustrian adalah dari aspek kesejahteraan sosial dan persekitaran. |
|---|