Kajian Jangka Panjang Sektor Pelancongan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia

Teori perkembangan pelancongan mengatakan sumbangan sektor pelancongan berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi khususnya di negara membangun. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada sektor pelancongan memberi kesan jangka masa panjang yang positif kepada ekonomi negara. Persoalan ini diuji menggun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hj Makawi, Kasmaroni
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37615/
http://eprints.usm.my/37615/1/sspis_2015_ms350_-_355.pdf
Description
Summary:Teori perkembangan pelancongan mengatakan sumbangan sektor pelancongan berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi khususnya di negara membangun. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada sektor pelancongan memberi kesan jangka masa panjang yang positif kepada ekonomi negara. Persoalan ini diuji menggunakan analisis Kointegrasi dan ujian penyebab Granger. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan jangka masa panjang yang positif antara bilangan kemasukan pelancong dan KDNK negara. Manakala hubungan sebab penyebab Granger pula menunjukkan KDNK negara boleh digunakan untuk meramal bilangan kemasukan pelancong tetapi bilangan kemasukan pelancong tidak mencukupi untuk meramal KDNK negara. Kajian ini membuktikan perbelanjaan kerajaan untuk menarik bilangan pelancong bukanlah suatu usaha yang sia-sia memandangkan ianya akan memberikan kesan positif kepada KDNK negara pada jangka masa panjang.