Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am (The Effectiveness Of Mastery Learning Method On Lower Six Students’ Achievement And Interest In The General Paper)

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan kaedah pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan minat pelajar Tingkatan Enam Rendah dalam mata pelajaran Pengajian Am. Pengkaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti sama ada penggunaan kaedah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Madhawa Nair, Subadrah, Devi Gopal, Sakunthala
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34747/
http://eprints.usm.my/34747/1/Art_4%2855-80%29.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan kaedah pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan minat pelajar Tingkatan Enam Rendah dalam mata pelajaran Pengajian Am. Pengkaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti sama ada penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am dapat meningkatkan pencapaian dan tahap minat pelajar Kumpulan Eksperimen secara signifikan berbanding pelajar Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Sampel kajian ini terdiri daripada 73 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah Aliran Sastera dari sebuah sekolah. Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian untuk mengukur pencapaian pelajar, manakala soal selidik minat digunakan untuk meninjau tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan Eksperimen secara signifikan berbanding pelajar Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional.