Kajian Tentang Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas (A Study On Job Satisfaction Among Special Education Teachers)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi dalam pendidikan khas. Sampel kajian ialah 115...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Junaidah, Nik Yaacob, Nik Rosila
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34718/
http://eprints.usm.my/34718/1/apjee28_2013_art7_103_115.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi dalam pendidikan khas. Sampel kajian ialah 115 orang guru pendidikan khas di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Perlis. Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Kepuasan Bekerja Guru yang telah diterjemah daripada Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ). Instrumen ini mempunyai 66 item yang merangkumi sembilan subskala iaitu penyeliaan, rakan sekerja, suasana tempat kerja, gaji, tanggungjawab, kerja, kenaikan pangkat, keselamatan dan pengiktirafan. Data dianalisis dengan menggunakan Ujian-t dan Ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi Pendidikan Khas dalam kalangan guru-guru pendidikan khas.