Kerangka Pengetahuan Guru Cemerlang Matematik Dan Bagaimana Ia Digunakan Bagi Memilih Contoh Dalam Pengajaran Matematik (Framework Of Knowledge Of Excellent Mathematics Teachers And How It Is Used To Choose Examples In Mathematics Teaching)

Satu kajian sedang dijalankan untuk mengetahui bagaimana contoh Matematik dipilih, digunakan dan diperbaiki oleh Guru Cemerlang Matematik. Objektif utama kajian ini ialah untuk membina kerangka pengetahuan dan kemahiran pengajaran Guru Cemerlang Matematik dalam percontohan. Artikel ini melaporkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Faridah, Mohamed, Mohini
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34603/
http://eprints.usm.my/34603/1/apjee27_2012_ART_5_%2869-86%29.pdf
Description
Summary:Satu kajian sedang dijalankan untuk mengetahui bagaimana contoh Matematik dipilih, digunakan dan diperbaiki oleh Guru Cemerlang Matematik. Objektif utama kajian ini ialah untuk membina kerangka pengetahuan dan kemahiran pengajaran Guru Cemerlang Matematik dalam percontohan. Artikel ini melaporkan sebahagian daripada hasil analisis awal daripada kajian yang sedang dijalankan, iaitu bagaimana Guru Cemerlang Matematik memilih contoh untuk digunakan dalam pengajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data-data dikumpulkan dengan menggunakan catatan pra aktif dan pos aktif, pemerhatian serta temu bual. Hasil analisis awal menunjukkan bahawa Guru Cemerlang Matematik yang dikaji memilih contoh dengan menggunakan pelbagai pengetahuan. Kerangka pengetahuan ini membolehkan mereka memilih contoh yang bersesuaian dengan pelajarpelajar mereka