Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pelajar tingkatan enam atas (60 lelaki dan 92 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Poh, Bee Theen, Lee, Melissa Ng Yen Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34504/
http://eprints.usm.my/34504/1/JPP23-7_KESAN_FAKTOR_JANTINA.pdf
_version_ 1848877361425022976
author Poh, Bee Theen
Lee, Melissa Ng Yen Abdullah
author_facet Poh, Bee Theen
Lee, Melissa Ng Yen Abdullah
author_sort Poh, Bee Theen
building USM Institutional Repository
collection Online Access
description Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pelajar tingkatan enam atas (60 lelaki dan 92 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina dan India. Ujian GEFT (Group Embedded Figures Test) telah digunakan untuk mengukur gaya kognitif pelajar manakala pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am pula diukur dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2006. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian Pengajian Am yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar lelaki (t = 3.53, p < 0.05). Dari segi etnik pula, Analysis of Variance (ANOVA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian mengikut etnik. Namun, analisis post-hoc membuktikan bahawa perbezaan yang signifikan hanya wujud antara pelajar Melayu dan Cina sahaja. Hubungan antara gaya kognitif dengan pencapaian Pengajian Am telah diuji melalui analisis korelasi Pearson. Kedua-dua variabel ini didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.15, p < 0.05). Keputusan ANOVA dua hala seterusnya menunjukkan bahawa gaya kognitif tidak mempunyai kesan interaksi yang signifikan dengan faktor jantina [F(1, 148) = 3.63, p > 0.05, eta squared 0.02] mahupun faktor etnik [F(2, 146) = 0.86, p > 0.05, eta squared = 0.01]. Kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan lelaki. Perbezaan pencapaian ini mungkin berpunca daripada faktor-faktor lain kerana ia bukan disebabkan oleh perbezaan gaya kognitif mereka. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana ia membekalkan data empirikal tentang psikologi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am yang jarang dikaji oleh pengkaji tempatan. Selain daripada itu, maklumat kajian ini juga berguna untuk para pendidik dan kaunselor sekolah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Pengajian Am, sebuah mata pelajaran yang wajib di peringkat tingkatan enam.
first_indexed 2025-11-15T17:14:13Z
format Article
id usm-34504
institution Universiti Sains Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T17:14:13Z
publishDate 2008
publisher Penerbit Universiti Sains Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling usm-345042017-05-23T07:52:38Z http://eprints.usm.my/34504/ Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper) Poh, Bee Theen Lee, Melissa Ng Yen Abdullah LB2300 Higher Education Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pelajar tingkatan enam atas (60 lelaki dan 92 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina dan India. Ujian GEFT (Group Embedded Figures Test) telah digunakan untuk mengukur gaya kognitif pelajar manakala pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am pula diukur dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2006. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian Pengajian Am yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar lelaki (t = 3.53, p < 0.05). Dari segi etnik pula, Analysis of Variance (ANOVA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian mengikut etnik. Namun, analisis post-hoc membuktikan bahawa perbezaan yang signifikan hanya wujud antara pelajar Melayu dan Cina sahaja. Hubungan antara gaya kognitif dengan pencapaian Pengajian Am telah diuji melalui analisis korelasi Pearson. Kedua-dua variabel ini didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.15, p < 0.05). Keputusan ANOVA dua hala seterusnya menunjukkan bahawa gaya kognitif tidak mempunyai kesan interaksi yang signifikan dengan faktor jantina [F(1, 148) = 3.63, p > 0.05, eta squared 0.02] mahupun faktor etnik [F(2, 146) = 0.86, p > 0.05, eta squared = 0.01]. Kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan lelaki. Perbezaan pencapaian ini mungkin berpunca daripada faktor-faktor lain kerana ia bukan disebabkan oleh perbezaan gaya kognitif mereka. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana ia membekalkan data empirikal tentang psikologi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am yang jarang dikaji oleh pengkaji tempatan. Selain daripada itu, maklumat kajian ini juga berguna untuk para pendidik dan kaunselor sekolah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Pengajian Am, sebuah mata pelajaran yang wajib di peringkat tingkatan enam. Penerbit Universiti Sains Malaysia 2008 Article PeerReviewed application/pdf en http://eprints.usm.my/34504/1/JPP23-7_KESAN_FAKTOR_JANTINA.pdf Poh, Bee Theen and Lee, Melissa Ng Yen Abdullah (2008) Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1). pp. 1-18. ISSN 2289-9057 http://apjee.usm.my/APJEE_23_2008/JPP23-7_KESAN%20FAKTOR%20JANTINA.pdf
spellingShingle LB2300 Higher Education
Poh, Bee Theen
Lee, Melissa Ng Yen Abdullah
Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)
title Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)
title_full Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)
title_fullStr Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)
title_full_unstemmed Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)
title_short Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)
title_sort kesan faktor jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian pengajian am (the effect of gender ethnicity and cognitive styles on achievement in general paper)
topic LB2300 Higher Education
url http://eprints.usm.my/34504/
http://eprints.usm.my/34504/
http://eprints.usm.my/34504/1/JPP23-7_KESAN_FAKTOR_JANTINA.pdf