Pembinaan Instrumen Untuk Mengenal Pasti Tanggapan Keperluan Semasa Guru-Guru Sains Di Malaysia

Umumnya, hala tuju pendidikan sains di Malaysia dicorakkan bukan hanya oleh perubahan sosiopolitik tempatan, tetapi turut dipengaruhi oleh perubahan semasa global. Senario demikian menyebabkan berlakunya perubahan kemahiran-kemahiran generik yang diperlukan oleh guru-guru dalam melaksanakan rutin...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Kamisah, Halim , Lilia, Mohd Meerah, T. Subahan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34329/
http://eprints.usm.my/34329/1/7_kamisah_%28101-113%29.pdf
Description
Summary:Umumnya, hala tuju pendidikan sains di Malaysia dicorakkan bukan hanya oleh perubahan sosiopolitik tempatan, tetapi turut dipengaruhi oleh perubahan semasa global. Senario demikian menyebabkan berlakunya perubahan kemahiran-kemahiran generik yang diperlukan oleh guru-guru dalam melaksanakan rutin dan ritual pengajaran dan pembelajaran sains sepertimana yang digagaskan dalam kurikulum pendidikan sains. Oleh itu, kajian bagi menjejaki tanggapan keperluan guru-guru sains perlu sentiasa dilakukan agar tindakan susulan untuk menampung lompang keperluan guru-guru sains sentiasa dapat dirancang secara sistematik dan berkesan. Analisis koleksi literatur yang berkaitan dengan tanggapan keperluan guru-guru sains sama ada di dalam atau luar negara mendedahkan bahawa metodologi utama yang digunakan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama penjanaan data. Dalam kebanyakan kajian yang ditinjau, guru-guru sains akan memberikan maklum balas kepada setiap item mengikut keperluan kendiri berdasarkan pernyataan tanggapan keperluan yang dikemukakan. Kajian ini akan membincangkan langkah-langkah yang telah diguna pakai dalam penghasilan instrumen bagi mengenal pasti tanggapan keperluan guru-guru sains. Dalam menjayakannya, perbincangan akan tertumpu kepada isu serta prosedur bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut dibina menerusi pendekatan analisis faktor dan keseragaman dalaman melalui Cronbach Alpha. Perbincangan berakhir dengan isu potensi penggunaan instrumen dalam kajian-kajian mengenal pasti tanggapan keperluan guru-guru sains. Tidak dinafikan, keunikan sesuatu instrumen bukan hanya terletak pada isu kesahan dan kebolehpercayaannya semata-mata, malah turut bergantung pada kreativiti penyelidik serta bagaimana bukti-bukti ini dapat diintegrasikan dalam konteks reka bentuk kajian. Yang pasti ialah keunikan sesuatu instrumen tersebut akan terserlah apabila kajian berjaya menghasilkan dapatan yang mampu membawa impak terhadap perkembangan pendidikan sains amnya.