Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid Yang Belajar Abakusaritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar Abakus-Aritmetik Mental
Objektif utama kajian ini ialah untuk membandingkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Kajian ini melibatkan 69 orang murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2006
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/34328/ http://eprints.usm.my/34328/1/6_Cheah_%2885-100%29.pdf |
| Summary: | Objektif utama kajian ini ialah untuk membandingkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan
murid yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Kajian ini melibatkan 69 orang
murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang. Instrumen yang digunakan
ialah ujian matematik tahun satu dan ujian aritmetik mental. Statistik analisis, iaitu ujian-t
digunakan untuk membandingkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik antara
murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari
abakus-aritmetik mental. Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan
antara pencapaian murid dalam aritmetik mental dengan kebolehan menyelesaikan
masalah matematik. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
(p < 0.05) dalam pencapaian matematik item bersimbol dan pencapaian aritmetik mental
antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak
mempelajari abakus-aritmetik mental. Min skor bagi kumpulan yang mempelajari
abakus-aritmetik mental lebih tinggi berbanding min skor bagi kumpulan yang tidak
mempelajari abakus-aritmetik mental. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan (p < 0.05) dalam pencapaian matematik masalah berayat antara murid
yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari abakusaritmetik mental. |
|---|